Grab difahamkan bakal memulakan perkhidmatan e-hailing motosikal apabila mula memuat naik iklan merekrut penunggang bagi servis GrabBike.
Menurut entri terbaru di laman sesawang Grab, syarikat perkhidmatan e-hailing itu menjeaslkan program tersebut selaras dengan kenyataan Menteri Pengangkutan yang membenarkan syarikat e-hailing untuk menjalankan program terbabit selama enam bulan bermula Januari 2020.
Difahamkan program tersebut hanya akan dijalankan di sekitar Lembah Klang dengan pemohonan dibuka sehingga 2 Disember ini.
Antara syarat dikenakan bagi yang berminat adalah:
- Motosikal tidak lebih dari 5 tahun (dari tarikh pendaftaran JPJ)
- Penunggang mempunyai lesen memandu penuh
Calon terpilih akan dimaklumkan dalam tempoh lima hari bekerja atau sebelum 9 Disember.
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]