Shell Hillstand Hangatkan Shell Malaysia MotoGP!

MotoMalaya telah diberikan kesempatan untuk menyaksikan Shell Malaysia MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di tempat duduk Shell Hillstand, dua minggu lalu.

Shell Hillstand merupakan inisiatif Shell dalam menyediakan pengalaman MotoGP yang unik kepada para pengunjung.

Pengunjung yang hadir turut disambut dengan pameran jentera Ducati berhampiran pintu masuk termasuk beberapa aktiviti menarik antaranya MotoGP PS4 Challenge, Guess The Quantity dan Super Sepak.

Selain dapat menyaksikan aksi perlumbaan di Selekoh 13 dan 14, keseluruhan perlumbaan juga dapat ditonton menerusi dua skrin LED besar.

Bagaimanapun, tumpuan utama yang ditawarkan Shell Hillstand tahun ini adalah ‘Sunset at Hillstand’ tatkala peminat MotoGP disajikan dengan sesi ‘meet & greet’ dengan para pelumba pilihan.

Sementara itu, Shell turut menawarkan servis Shell Advance Ride Thru di bahagian tempat letak motosikal berhadapan pintu masuk.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain menyifatkan MotoGP sebagai medan terbaik mempamerkan kejayaan kerjasama Shell dan Ducati.

“Ini merupakan testimoni terbaik untuk kami membuktikan kejayaan dalam membangunkan produk berkualiti sekaligus memastikan pelanggan Shell menerima produk terbaik,” jelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply