Volvo Car Malaysia memperkenalkan versi baharu Volvo XC90 yang kini dikemaskini dengan rekaan luaran serba baharu.
Menyedari permintaan tinggi di serata dunia, rekaan baharu ini merupakan inisiatif Volvo dalam memastikan SUV ini kekal popular untuk banyak tahun akan datang.
Antara perubahan yang dilakukan adalah melibatkan bahagian tayar, warna dan gril yang lebih moden.
Bagi model T8, ketahanan bateri juga telah dipertingkat dari 10.4kWh kepada 11.6kWh sekaligus meningkatkan kadar pemanduan sehingga 50km.
Sementara model T5, didatangkan dengan penyaman udara baharu, sistem maklumat penanda jalan (RSI) dan sistem kawalan suhu 4-zon yang sebelum ini hanya ditawarkan pada model T8.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, Volvo XC90 merupakan lambang transformasi Volvo terutamanya dengan pengenalan lampu bercirikan tukul Thor di samping platform Scalable Product Architecture (SPA).
Pada masa sama, segala teknologi baru yang diperkenalkan pada siri 60 dan 90 diantara 2015 hingga 2019 juga telah dirangkumkan kedalam XC90 jadi tidak hairanlah lebih 320,000 unit telah pun terjual.
Volvo XC90 ini juga dilengkapi pelbagai ciri terkini antaranya:
- City Safety dan Blind Spot Information System
- Oncoming Lane Mitigation
- Cross Traffic Alert Technology
- Sistem Infotainmen Sensus
- Apple CarPlay
- Android Auto
Volvo XC90 yang telah dikemaskini ini ditawarkan pada harga RM373,888 dan didatangkan dengan lima warna pilihan, Crystal White Pearl, Denim Blue Metallic, Onyx Black Metallic, Pebble Grey Metallic, dan Thunder Grey Metallic.