Trak Pikap Tahan Lenjan, Mitsubishi Triton Quest Dilancarkan – RM79,890!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), memperkenalkan kenderaan pikap serba boleh mampu milik, Mitsubishi Triton Quest, hari ini.

Triton Quest merupakan generasi keempat bagi varian Triton sejak diperkenalkan 2008 sebagai Triton Lite.

Quest merupakan varian Triton yang menawarkan spesifikasi tahan lasak sesuai bagi mereka yang mencari kenderaan pikap pelbagai guna.

Antara ciri utama Triton Quest adalah pemanduan mudah, enjin berkuasa, tahan lasak dan ruang tempat letak barang yang luas.

Model baharu ini juga lebih rendah bagi memudahkan pemunggahan barang dan mampu menampung berat sehingga 970 kilogram termasuk penumpang dan kargo sekaligus menjadikan Triton Quest pikap dengan ruang tempat letak barang paling luas bagi segmen ‘low rider’.

Meskipun ditawarkan dengan harga paling murah namun Triton Quest didatangkan dengan enjin 2.5 liter diesel berkuasa turbo yang menghasilkan 108.4hp dan 200Nm yang disalurkan menerusi transmisi manual lima kelajuan.

Pada masa sama, model ini turut didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan antaranya:

  • Electronic Time & Alarm (ETACS)
  • Lane Change Turn Signal System
  • Power Window Timer
  • Headlamp Auto Off
  • Open Door Alarm
  • Auto Door Relock System
  • Auto Speed Adjustable Wipers
  • Dual SRS Airbags
  • ABS

Menariknya, Mitsubishi Triton Quest merupakan jentera pikap paling mampu milik dalam pasaran dengan harga RM79,890 dan didatangkan dengan waranti lima tahun atau 100,000km.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply