Susulan kejadian yang tercetus ketika perlumbaan Idemitsu Asia Talent Cup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini, pihak penganjur mengesahkan bahawa pelumba, Afridza Munandar, meninggal dunia.
Pelumba Indonesia berusia 20 tahun itu terbabit dalam kemalangan ketika di Selekoh 10 lap pertama lalu memaksa pegawai perlumbaan mengibar bendera merah.
Afridza menerima rawatan kecemasan di tepi litar sebelum dipindahkan ke hospital Kuala Lumpur menggunakan helikopter.
Pihak hospital bertungkus lumus untuk menyelamatkan pelumba muda itu sebelum doktor mengesahkan Afridza meninggal dunia.
Afridza merupakan bintang semakin meningkat a musim ini apabila telah pun merekodkan dua kemenangan, dua kali tempat kedua dan dua tempat ketiga setakat ni.
Pihak FIM, FIM ASIA, DORNA serta setiap yang terlibat dalam Idemitsu Asia Talent Cup menzahirkan ucapan takziah.