Mforce Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Benelli di Malaysia melancarkan Imperiale 400 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.
Jentera segmen klasik ini tampil dengan rekaan ikonik melambangkan sejarah Benelli.
Selepas diperkenalkan buat julung kalinya sebagai jentera konsep di EICMA tahun lalu, Imperiale 400 kini akan dipasarkan di Malaysia.
Benelli Imperiale 400 dilengkapi dengan enjin satu silinder empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang mampu menjana 20.4hp pada 5,500rpm dan 28Nm pada 3,500rpm.
Ciri lain yang terdapat pada Benelli Imperiale 400:
- Fork teleskopik
- Penyerap hentakan belakang berkembar
- ekzos krom
- kaliper dua piston depan
- 240mm brek cakera depan
Benelli Imperiale 400 datang dengan tiga warna pilihan, hitam, merah dan kelabu dan boleh didapati di pasaran Februari depan.
Ketika ini, tiada harga rasmi diumumkan.