Kawasaki Z H2 yang beberapa bulan ini dicanang akan diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai di Tokyo Motor Show akhirnya didedahkan menerusi perkongsian video di YouTube oleh Kawasaki Motors.
Saksikan video tersebut dibawah:
Seperti jentera lain dalam keluarga Z, Z H2 turut memaparkan intipati rekaan Sugomi sekaligus rupa keseluruhan model baharu ini tampak garang dan lebih ‘sporty’.
Ciri yang membuatkan Z H2 ini menyerlah telah pun diketahui lebih awal apabila Kawasaki mendedahkan keluarga Z bakal mendapat sentuhan enjin supercharger daripada H2.
Z H2 turut didatangkan dengan teknologi terkini antaranya paparan TFT dan beberapa ciri lain.
Berikut antara spesifikasi Z H2:
- 998cc dengan sistem penyejukan cecair empat-inline DOHC
- fuel-injected dengan sistem supercharger
- 197hp pada 11,000rpm
- 137Nm pada 8,500rpm
Kawasaki Z H2 turut didatangkan dengan quickshifter dan ‘air intake’ krom yang menggabungkan DNA Z bersama-sama H2.