Ducati memuat naik ‘teaser’ Streetfighter V4 terbaru di laman sosial Facebook dan Twitter mereka.
Video berdurasi hanya 24 saat itu mendedahkan beberapa ciri penting yang terdapat pada jentera tersebut.
Mengguna pakai enjin Desmosedici Stradale – Desmosedici bererti ‘desmodromic V4 sementara Stradale bermaksud ‘road’ – seperti yang terdapat pada Panigale V4.
Saksikan video teaser di bawah:
Dalam video tersebut, Ducati mendakwa jentera liar ini hanya 178 kilogram dan enjin tersebut mampu menjana 208hp!
Ducati Streetfigter V4 mencuri tumpuan sejak beberapa gambar didedahkan beberapa bulan lalu.
Jentera tersebut turut mencetus kontroversi di Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC) apabila meragut nyawa pelumba, Carlin Dunne, yang dipertanggungjawabkan untuk menguji jentera tersebut, Julai lalu.
Ducati bakal memperkenalkan Streetfighter V4 dan beberapa jentera lain di Ducati World Premier menerusi strim langsung, 23 Oktober ini.