MForce Bikes Holding Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama motosikal Benelli di Malaysia, melancarkan dua model baharu – Benelli 502C dan 150S, hari ini.
Benelli 502C
Dicipta dengan identiti sebuah motosikal ‘cruiser’, 502C merupakan jentera yang menggabungkan rekaan elegan dan moden.
Seperti model Leoncino dan TRK, 502C turut didatangkan dengan enjin 500cc silinder berkembar dan DOHC yang menjana 47.6 hp pada 8,500rpm dan 45Nm pada 5,000 rpm dan mampu mencapai kelajuan maksima 160km/j.
Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan dengan klac multiple wet bagi memastikan kelancaran pertukaran gear.
Sistem brek turut dipertingkat dengan penggunaan cakera brek 260mm semi-floating di bahagian depan dan 240mm di bahagian belakang serta kaliper brek Brembo 4 pot di bahagian depan serta satu pot di bahagian belakang.
Ciri cruiser yang terdapat pada Benelli 502C juga diperkukuhkan lagi dengan tangki 21L.
Benelli 502C didatangkan dengan tiga pilihan warna, Metallic Red, Matte Black dan Metallic Black dan boleh didapati hujung Oktober ini dengan harga RM31,588.
Rujuk spesifikasi di bawah:
Benelli 150S
Arena motosikal 150cc kini diperkembangkan lagi dengan Benelli 150S.
Dicipta untuk penunggang yang mahu berjinak dengan ‘motor besar’, Benelli 150S merupakan model serba baharu yang direka dengan ciri seakan motosikal berkapasiti kecil namun mempamerkan gaya sebuah motosikal ‘naked’.
Rekaan keseluruhan model ini cukup menonjol apatah lagi dengan pilihan warna neon green bagi model Special Edition pastinya akan mencuri tumpuan orang ramai.
Benelli 150S dilengkapi enjin 149.8cc satu silinder dengan sistem 3-Spark Plug yang menghasilkan 15.5 hp pada 8,500 rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima 130km/j.
Model ini juga tampak lebih menonjol dengan penggunaan lampu LED serta paparan digital LCD.
Benelli 150S boleh didapati dengan harga RM8,588 bagi versi standard dan RM8,888 bagi versi edisi khas.
Rujuk spesifikasi di bawah: