Servis E-hailing Dan Penghantaran Guna Motosikal Perlu Jalani Program CSSP

Kementerian Pengangkutan akan memastikan semua motosikal yang terlibat dengan servis e-hailing dan penghantaran perlu menjalani Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP).

CSSP merupakan program yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dikalangan penunggang motosikal.

Cadangan meluluskan servis e-hailing motosikal di Malaysia oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen dengan ada yang menyokong dan sebaliknya

Menurut laporan NST, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyifatkan ini adalah peluang terbaik bagi pihak kerajaan merangka langkah keselamatan terbaik bagi mengubah cara penunggang motosikal menunggang.

“Kami tidak ada sebarang peraturan yang terperinci bagi mengawal servis penghantaran menggunakan motosikal meskipun servis ini telah pun berjalan hampir 20 tahun.

“Rangka keselamatan ini bukan sahaja akan dikenakan terhadap servis e-hailing motosikal malah servis penghantaran makanan, dokumen dan barangan,”jelasnya.

(SUMBER: NST)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply