BMW X6 Versi ‘Lembaga Hitam’ Bakal Buat Penampilan Di Frankfurt Motorshow

Frankfurt Motorshow bakal digemparkan dengan kehadiran ‘lembaga hitam’ yang datang dalam bentuk BMW X6.

Menurut BMW, kenderaan tersebut merupakan satu-satunya kereta yang memaparkan penggunaan Vantablack.

Penggunaan Vantablack pada asalnya dihasilkan untuk komponen yang digunakan di angka lepas susulan memiliki daya tahan haba yang sangat tinggi.

Tidak seperti warna lain yang memantulkan cahaya, Vanta (Vertically Aligned Nano Tube Array) menyerap 99.96 peratus cahaya.

Difahamkan, warna yang digunakan terhadap BMW X6 ini dikenali sebagai Vantablack VBX2 dan tidak seperti Vantablack asli – yang boleh membuatkan objek kelihatan seperti lohong hitam – VBX2 memantul 1 peratus cahaya.

“Jika kami menggunakan warna Vantablack asli, hampir pasti ia akan membuatkan mereka yang melihat berasa bingung kerana kereta tersebut akan kelihatan seolah-oleh dua dimensi,” jelas Ben Jensen, pereka Vantablack.

(SUMBER: Car Advice)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]