418 Saman Dan Lapan Kenderaan Disita JPJ Ketika Operasi Di Lebuhraya DUKE

Gambar hiasan

Lebih 418 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi yang dijalankan di Plaza Tol Lebuhraya Duke, Sentul Pasar, Isnin lalu.

Menurut laporan The Star, lebih 956 kenderaan telah diperiksa 42 pegawai JPJ yang terlibat dalam operasi yang berjalan lebih empat jam tersebut.

Pengarah JPJ, Datuk Ismail Mohd Zawawi menjelaskan bahawa operasi tersebut memfokuskan terhadap kenderaan yang tidak mengikut peraturan cermin gelap yang ditetapkan.

“Lebih 83 saman dikeluarkan atas kesalahan ini,” katanya.

Menurutnya lagi, sebanyak 196 saman dikeluarkan melibatkan cukai jalan, 112 saman melibatkan lesen, sembilan saman melibatkan nombor plat dan dua saman dikeluarkan melibatkan ketiadaan cermin sisi.

JPJ turut menyita lapan kenderaan – antaranya sebuah Toyota Estima yang tidak memperbaharui cukai jalan sejak 2017.

Mei lalu, kerajaan menetapkan bahawa pengguna jalan raya boleh menggelapkan cermin bahagian penumpang kiri dan kanan serta cermin belakang tanpa sebarang had.

Bagaimanapun, cermin depan dan cermin kiri dan kanan bahagian pemandu perlu memastikan 70 dan 50 peratus cahaya lalu.

(SUMBER: The Star)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply