Pelumba legenda, Giacomo Agostini percaya Valentino Rossi tidak lagi setanding pesaing lain dalam siangan MotoGP namun berasakan pelumba Yamaha itu harus dipuji kerana masih menikmati kariernya di atas litar.
Agostino merangkul 15 kejuaraan Gran Prix di antara tahun 1966 hingga 1975 dengan lapand daripadanya hadir menerusi kelas 500cc.
Menurut temu bual dengan akhbar Quotidiano Nazionale, Agostino berasakan pelumba yang telah memasuki usia 40 tahun itu tidak lagi mampu menyaingi dengan pelumba lain yang jauh lebih muda.
Rossi gagal menamatkan saingan dalam tiga perlumbaan berturut-turut musim ini selepas terpaksa bersara di awal perlumbaan di Assen, minggu lalu.
“Valentino sedang berikan yang terbaik tetapi dia tidak mampu untuk menandingi pelumba yang lebih muda dan ini mencetuskan masalah.
“Zaman dia sudah berlalu tetapi seperti orang lain, saya juga mahu menyaksikan dia kembali menjadi nombor satu. Tetapi segalanya sudah jelas bahawa pesaing yang ada jauh lebih hebat.
“Bagaimanapun, Rossi tampak masih teruja untuk beraksi. Meskipun menduduki tempat keempat atau kelima, dia kelihatan gembira kerana masih berpeluang untuk bersaing,” jelas Agostini.