Rekaan Oleh Triumph, Enjin Dan Chasis Oleh Bajaj

Kerjasama di antara Bajaj Auto Limited dan jenama motosikal Britain, Triumph Motorcycles semakin direalisasikan sekaligus bakal menyaksikan jentera Triumph dengan enjin bersaiz kecil akan dihasilkan.

Kedua-dua nama besar ini mengumumkan jalinan kerjasama mereka pada Ogos 2017 namun baru-baru ini Pengarah Eksekutif Bajaj Auto, Rakesh Sharma, telah pun mengesahkan bahawa perbincangan dua belah pihak telah pun memasuki fasa akhir dan akan termeterai dalam masa beberapa bulan sahaja.

Difahamkan jentera sulung Triumph-Bajaj kini giat dibangunkan dengan segala rekaan hadir daripada ibu pejabat Triumph di Hinckley sementara Bajaj bertanggungjawab membangunkan enjin dan chasis.

Model kerjasama Triumph-Bajaj ini dijangka akan dijual di pasaran India sebelum beralih ke pasaran Asia lain.

Ketika ini masih tiada maklumat mengenai jenis motosikal yang akan dihasilkan menerusi kerjasama ini namun timbul desas-desus mengatakan mereka akan menghasilkan jentera moden klasik (seperti Triumph Bonneville) dengan enjin 300-500cc.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]