Suzuki dilaporkan dalam perancangan untuk memperkenalkan Suzuki Katana dengan spesifikasi yang lebih premium – diberi nama Suzuki Katana R.
Menurut laporan di Jepun, model edisi terhad tersebut akan diberi nama Suzuki Katana 1135R dan akan berkongsi beberapa spesifikasi sama yang terdapat pada Suzuki GSX-R1000R.
Jadi peminat Suzuki boleh menjangkakan Katana R akan memiliki penyerap hentakan depan dan belakang serta sistem brek premium dan kuasa yang jitu sepertimana yang terdapat pada GSX-R1000R.
Rekaan ‘swingarm’ juga tampil serba baharu termasuk ergonomik yang lebih sporty susulan penggunaan ‘clip-on handlebar’ dan fairing depan yang lebih rendah.
Ketika ini imej yang dikongsi hanyalah sekadar tanggapan awal sahaja dan tiada maklumat sahih yang mengesahkan bahawa ini adalah rekaan sebenar Katana R.
Apa yang pasti peminat jentera dua roda tidak sabar menanti apakah rekaan sebenar Suzuki Katana 1135R.
Katana merupakan antara model keluaran Suzuki yang popular dan digunakan sebagai model touring dari tahun 1981 sehingga 2006.
Suzuki telah menghasilkan varian 550cc, 650cc, 750cc dan 1100cc bagi Katana sejak diperkenalkan.