TVS Jalin Kerjasama Dengan BMW Motorrad Bangunkan Enjin Baharu

TVS Apache 310RR

Pengeluar motosikal India, TVS, dikhabarkan dalam proses membina motosikal dengan silinder berkembar baharu bersama-sama BMW Motorrad. Laporan terbabit turut menyebut berkemungkinan jentera tersebut akan ditayangkan di Auto Expo 2020 pada Februari.

Motosikal baharu itu akan berada dalam segmen pertengahan (500-650cc) dan akan memberi persaingan terhadap Royal Enfield 650 dan jentera Kawasaki.

Meskipun TVS baharu sahaja melancarkan model Apache RR310 namun ia gagal mencapai sasaran penjualan. Bagaimanapun, senario itu tidak menyekat hasrat TVS untuk menghasilkan enjin silinder berkembar dengan panduan teknikal daripada BMW Motorrad.

Persoalan orang ramai ketika ini terutamanya di pasaran India, TVS masih belum ada rangka yang mampu menampung enjin siliner berkembar tersebut sekaligus TVS perlu menghasilkan rangka yang baharu.

Sebelum ini, TVS membantu BMW Motorrad dalam menghasilkan BMW G310R dan G310GS.

Ketika ini hanya model TVS Apache RTR200 4 RACE Edition 2.0 boleh didapati di Malaysia.

(SUMBER: GaadiWaadi)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]