Ini 10 Motosikal Paling ‘Hodoh’ Pernah Dihasilkan Di Dunia!

Cantik adalah subjektif, apa yang cantik di mana anda mungkin tidak bagi orang lain. Senario sama juga boleh diterapkan dalam dunia motosikal apabila ada di antara kita yang berpendapat sesetengah motosikal itu cantik sementara ada yang berpendapat sebaliknya.

Bagaimanapun, komuniti pencinta dua roda bersetuju wujud beberapa jentera yang sememangnya tidak menampakkan ciri-ciri sedap mata memandang.

Menurut Ride Apart, berikut 10 motosikal paling buruk yang pernah dihasilkan di dunia:

1. BMW K1 1988

Sumber: Perico001 @ Flickr

BMW cuba memberi penekanan dalam menghasilkan aerodinamik yang terbaik bagaimanapun, langkah itu tidak semestinya menghasilkan jentera yang seksi. Dalam kes ini, apa yang berlaku adalah terhasilnya sebuah jentera yang memiliki fender paling buruk.

2. KTM 690 2007

Sumber: Brett Rockwell @ Flickr

Pelik bagaimana satu komponen mampu merosakkan imej keseluruhan sebuah motosikal. Itulah yang berlaku apabila KTM bertindak meletakkan ‘paruh’di bahagian depan. Muncung depan itu turut mengingatkan pada watak Phineas dalam Phineas and Ferb bukan?

3. Honda DN-01

Sumber: Ranieri Aguilar @ Flickr

Honda DN-01 atau ‘Do Not Own One’ merupakan antara langkah pertama Honda dalam penghasilkan motosikal ‘sports cruiser’ yang futuristik. Meskipun menggunakan ‘single-sided swing-arms’seperti yang didapati pada jentera Ducati sekarang namun ciri-ciri lain langsung tidak memikat mata yang memandang.

4. Buel RR 1000 BattleTwin

Sumber: Catalog Master @ Flickr

Kes sama seperti BMW K1, kerana terlalu fokus dalam menghasilkan jentera yang aerodinamik, reka bentuk Buell RR 1000 BattleTwin pun boleh membuatkan individu seperti Suhaimi Saad percaya bahawa bumi ini bulat.

5. BMW R1200ST

Sumber: BSMK1SV @ Flickr

BMW sentiasa menghasilkan jentera yang kelihatan cantik tetapi tidak bagi BMW R1200ST. Seperti model KTM 690 tadi, rekaan bahagian depan model ini mencacatkan rupa keseluruhan jentera. Gabungan lampu depan yang memanjang dan grill ikonik BMW kelihatan tidak menjadi.

6. Aprilia Starck Moto 6.5

Sumber: Rudy Picke @ Flickr

Asalnya rekaan Phiippe Starck – pereka Perancis – mahu mengambil pendekatan baharu dalam rekaan motosikal. Ramai yang memuji reka bentuk ekzos bagaimanapun perkara sama tidak boleh diperkatakan dengan gaya ‘perut ibu mengandung’ serta kedudukan kerusi yang agak kekok.

7. MV X Zagato F4Z

Zagato – sebuah syarikat berpangkalan di Milan – sememangnya terkenal dengan menghasilkan kenderaan yang lebih eksotik dengan menaik taraf Aston Martin dan Maserati. Jadi ketika mereka mengumumkan keputusan untuk mengolah semula MV Augusta Tamburini, ramai yang teruja. Bagaimanapun, hasilnya gagal membuat komuniti motosikal terpegun sebaliknya rata-rata berpendapat Zagato harus kekal dengan jentera empat roda.

8. Morbidelli V8

Sumber: BrENDURO @ Flickr

Meskipun menghasilkan enjin lapan silinder namun rekaan keseluruhan motosikal mampu menyakitkan mata yang melihat. Bukan itu sahaja, model ini turut dijual pada harga GBP90,000 (RM483 ribu)!

9. Johammer J1

Sumber: These Picture Are Entirely Bad @ Flickr

Dihasilkan oleh syarikat Austria dengan rekaan Leonie dan Jean-Marie Lawniczak. Jentera elektrik ini merupakan motosikal paling hodoh yang pernah dihasilkan di dunia. Lihat sahaja ‘handle’motosikal yang seakan menyerupai antena serangga!

10. Bimota Mantra

Jangan keliru dengan Nimota, Bimota – pengeluar motosikal Itali – selalunya menghasilkan jentera yang cantik namun tidak bagi kes Mantra. Segalanya tentang motosikal ini kelihatan ‘tak kena’. Terutamanya bahagian depan yang seakan tidak siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, penting untuk diingatkan bahawa cantik itu adalah subjektif. Meskipun rata-rata penggemar dua roda mengatakan barisan motosikal ini kelihatan ‘hodoh’ pastinya ada sahaja yang berpendapat sebaliknya.

(SUMBER: RideApart)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]