Peminat Citroen kini boleh berkunjung ke mana-mana pengedar rasmi terdekat untuk membuat tempahan kerana Naza Euro Motors baru sahaja melancarkan Citroen C3 Aircross SUV, hari ini.
SUV dengan rekaan unik itu – yang tampil dengan tempat duduk yang luas dan selesa – dihasilkan dengan menjadikan keselamatan sebagai fokus utama.
Ketua Pegawai Eksekutif Naza Euro Motors, Yasser Awan mengakui model C3 Aircross bakal menyerlah dalam segmen B susulan memiliki rekaan yang unik.
“SUV ini lahir daripada kepakaran Citroen dalam menghasilkan rekaan modular yang selesa.
“Kami yakin model C3 Aircross bakal menarik perhatian peminat SUV di negara ini kerana ini adalah kenderaan SUV sporty yang paling luas dan selamat dalam kelasnya.
Jangan mudah tertipu dengan reka bentuk yang tampak comel itu kerana C3 Aircross dijana dengan enjin turbocharged PureTech, yang mampu menghasilkan 110hp dengan tork maksima 205 Nm pada 1500 rpm! Hasilnya? Ia mampu mencapai kelajuan maksima 200 km/j!
Bagi memastikan keselesaan pemandu, model ini dilengkapi transmisi auto 6 gear dengan teknologi Tiptronic yang membantu dalam mengurangkan bunyi dan gegaran kenderaan.
Bukan itu sahaja, SUV ini juga bakal membuat orang ramai terpegun dengan rim aloi 4Ever ‘diamond cut’! Ini baru betul ada gaya!
Selain daripada pemanduan harian, SUV ini turut sesuai digunakan untuk perjalanan jauh kerana memiliki ruang simpanan yang cukup besar – 410L dan boleh ditingkatkan kepada 520L sekiranya kerusi diturunkan.
Citroen turut menitik beratkan rekaan ‘Urban Red Ambience’ yang difahamkan dapat membantu dalam menjaga kesejahteraan pemandu. Lain dari yang lain bukan?
Antara ciri lain yang terdapat pada Citroen C3 Aircross
- 6 beg udara
- Electronic Stability Program (ESP)
- Anti-lock Braking System (ABS)
- Electronic Brake Distribution (EBD)
- Emergency Brake Assist (EBA)
- 2 ISOFIX Anchorage
- Sensor Belakang + Kamera Undur dengan 180 darjah penglihatan