Selaku pengedar rasmi jentera Ferrari di Malaysia, Naza Italia dengam bangganya melancarkan Ferrari F8 Tributo dalam majlis yang berlangsung di Hotel St. Regis, Jalan Sentral, hari ini.
Model tersebut lahir daripada ekspresi Ferrari dalam menghasilkan jentera dua tempat duduk Berlinetta.
“Kami bangga menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk memperkenalkan Ferrari F8 Tributo sempena sambutan ulang tahun ke 10 Ferrari Malaysia, Singapura dan Thailand.
“Naza Italia juga menyediakan peluang untuk menyaksikan Ferrari Challenge Trofeo Pirelli Asia Pacific 2019 di Sepang, ” ujar Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.
Nama yang diberi bagaikan satu penghormatan terhadap reka bentuk dan kuasa yang dihasilkan – 710 hp – sekaligus menjadikan jentera ini kenderaan paling berkuasa dengan enjin 3902 cc V8.
Kombinasi pembinaan, enjin berkuasa, dan keseimbangan antara resepi utama dalam penghasilan F8 Tributo.
Sebut saja tentang Ferrari hampir pasti harga yang ditawarkan tidak lagi boleh dianggap sebagai luar biasa, dengan harga pengenalan adalah RM1,068,000.