UMW Toyota bersama duta Janna Nick melancarkan model baharu Toyota Yaris serba baharu di Gasket Alley, hari ini.
Sekali imbas, Yaris seakan-akan menyerupai model sedan Vios dan itulah langkah di ambil Toyota dalam mengekalkan keseragaman dalam semua model yang diperkenalkan.
Apa yang berbeza, Yaris menyerapkan ciri-ciri yang jauh lebih sporty terutamanya dengan penggunaan warna yang lebih ‘hipster’!
Seperti model Toyota lain, Yaris turut dilengkapi pelbagai ciri keselamatan antaranya:
- 7 Airbag SRS
- Monitor Blind Spot (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Anti-lock Braking System (ABS)
- Sensor parking
- Vehicle Stability Control (VSC) dengan Traction Control
Yaris turut mengguna pakai enjin 2NR-FE 1.5 liter 4 silinder dual VVT-i yang sama digunakan pada model Vios dan mampu menghasilkan 105hp.
Pemandu juga boleh memilih dua mod pemanduan iaitu Sport dan Eco.
Varian E dan G turut didatangkan dengan rim 16 inci dwi warna bagi melengkapkan imej lain dari yang lain.
Harga rasmi bagi varian J, E dan G seperti berikut:
- Yaris 1.5J – RM70,888
- Yaris 1.5E – RM76,888
- Yaris 1.5G – RM83,888
Bagi peminat Janna Nick, ada sesuatu yang istimewa menanti anda kerana Toyota turut memperkenalkan Toyota Yaris Edisi Janna Nick!