- Fail paten telah menunjukkan yang Yamaha sedang berusaha menghasilkan sebuah enjin ‘twin’ cas turbo.
- Yamaha ingin mengurangkan emisi ekzos dengan menggunakan pengecas turbo.
- Pengecas turbo menambah keberkesanan lohong masukan dengan menyedut lebih banyak udara ke dalamnya.
Satu fail paten telah menunjukkan yang Yamaha sedang berusaha untuk menghasilkan sebuah enjin ‘twin’ cas turbo.
Bagaimana pun, idea pengecas turbo ini adalah bagi menangani permasalahan yang hadir dengan peraturan emisi Euro 5. Dan dengan itu, pengeluar tersebut mahu menggunakan enjin yang lebih kecil bagi mengurangkan penggunaan bahanapi, manakala pengecas turbo akan meningkatkan kuasanya. Aruhan paksaan (forced induction) meningkatkan lagi keberkesanan lohong masukan, dengan menyedut lebih banyak udara ke dalamnya.
Paten tersebut turut menunjukkan yang Yamaha sedang menumpukan usaha mereka pada injap buangan. Injap buangan adalah satu alat yang menyalurkan tekanan masukan dalam pemampat pengecas turbo. Dalam paten tersebut, Yamaha mensasarkan untuk mengoptimakan penggerak injap buangan bagi meningkatkan “tahap kebebasan dalam tatarajah pemangkin”. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, ia bagi membolehkan mereka memasang pengubah bermangkin yang lebih besar.
Pengecasan turbo bukannya sesuatu yang baharu dalam dunia motosikal. Keempat-empat pengeluar utama telah pun cuba untuk memanfaatkan aruhan paksaan pada tahun 80-an. Namun, mereka hanya berminat untuk mendapatkan lebih banyak kuasa kuda dari enjin yang lebih kecil dan tidak terlalu risau dengan tahap emisi. Bagaimana pun, masalah yang dihadapi dengan senggang masa turbo dan cara untuk menyejukkannya telah membantutkan pembangunan motosikal turbo.
Sehinggalah munculnya motosikal cas super Kawasaki H2, 30 tahun selepas itu.
Hampir ke semua kenderaan yang dijana oleh diesel menggunakan pengecasan turbo bagi memaksa lebih banyak udara masuk dan membersihkan wasap ekzos. Manfaat tambahan sudah semestinya in mendapat lebih banyak kuasa dan daya kilas dari enjinnya. Para pengeluar telah menyelesaikan masalah senggang masa turbo dengan sama ada menggunakan pengecas turbo berganda, atau pun pengecas turbo dengan ‘variable geometry vane’ (VGT). Dan atas sebab inilah Kawasaki memilih untuk menggunakan pengecas super. Harap-harapnya Yamaha boleh menangani masalah ini dengan cara mereka yang tersendiri.
Sumber: Ride Apart, AMCN, Bennets, Free Patents Online