Malaysia Autoshow 2019: Honda Civic Type R Mugen Concept Paling Curi Tumpuan!

Honda Malaysia memperkenalkan model Civic Type R dengan kit Mugen Concept, jentera Front-Wheel Drive (FWD) terpantas di dunia buat julung kalinya di Malaysia Autoshow 2019.

Sejajar dengan tema tahun ini ‘Mobility For All’, booth pameran Honda memaparkan beberapa revolusi teknologi terbaru yang akan dikongsikan bersama pengunjung yang hadir.

Selain daripada Civic Type R Mugen Concept, Honda turut menampilkan beberapa model lain antaranya CR-V Mugen Concept, Jazz Mugen dan BR-V Special Edition (SE). Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh tinjau dengan lebih dekat beberapa model baharu yang boleh dilancarkan antarnaya HR-V RS dan HR-V Sport Hybird i-DCD.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama melihat Malaysia Autoshow 2019 sebagai platform terbaik dalam mempamerkan kejayaan Honda dalam bidang teknologi.

“Kami komited dalam menawarkan produk yang diterapkan teknologi tinggi agar dapat menggembirakan pelanggan. Civic Type R merupakan model paling menonjol di antara produk Honda yang lain kerana ia membawa pakej terbaik dalam kelasnya.

“Bukan sahaja mampu dipandu di atas jalan raya di Malaysia, model ini juga berkebolehan untuk digunakan di atas litar lumba,” jelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply