Ten Kate Kembali Ke WorldSBK Bersama Yamaha Dan Loris Baz

  • Pasukan Ten Kate akan kembali ke kejohanan perlumbaan motosikal pengeluaran, WorldSBK, bersama Yamaha dan Loris Baz.
  • Pasukan ini akan mendapat sokongan sepenuhnya Yamaha Europe dan akan memiliki kelengkapan yang sama seperti pasukan pengilang.
  • Pasukan tersebut telah digugurkan oleh HRC pada saat-saat terakhir pada tahun lepas.

Pasukan Ten Kate akan kembali bagi kejohanan perlumbaan motosikal pengeluaran, WorldSBK, bersama dengan Yamaha dan Loris Baz pada musim ini.

Ramai peminat kejohanan ini telah dikejutkan apabila Honda telah menggugurkan rakan kerjasama WorldSBK mereka buat sekian lama, Ten Kate, bagi musim 2019. Pengumuman itu telah dibuat oleh Honda pada 30 Oktober, dan pada ketika itu, Ten Kate telah pun menyediakan enjin, bahan dan menandatangani perjanjian dengan dua orang penunggang bagi tahun 2019 dan 2020.

Tindakan HRC itu memaksa Ten Kate untuk membubarkan pasukan perlumbaan mereka dan mengisytiharkan kemuflisan.

Namun, ianya tidak melunturkan semangat serta azam ketua pasukan, di mana Ronald Ten Kate dengan serta merta telah memulakan perbincangan dengan para pengeluar yang lain. Dia akhirnya berjaya mencapai persetujuan bersama Yamaha Europe sebelum Krismas, namun perincian perjanjian itu hanya disahkan sepenuhnya pada bulan Januari.

Dia memutuskan untuk bersama Yamaha dan Loris Baz kerana dia akan disokong sepenuhnya oleh Yamaha Europe, dan dengan itu akan menerima pakej keseluruhan mereka. Ini bermakna dia akan menerima kelengkapan pengilang yang sama seperti pasukan Crescent Yamaha dan GYTR Yamaha.

Bagaimana pun, dia akur bahawa pasukan tersebut hanya boleh mensasarkan untuk berada di atas podium sebanyak yang mereka boleh kerana kejohanan telah pun bermula. Pasukan ini akan hanya memulakan cabaran mereka sewaktu pusingan di Jerez dari 7 hingga 9 Jun 2019.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]