Pelajar 18 Tahun Maut Ekoran Tidak Memakai Tali Pinggang Keledar

Kredit foto: Sinchew

Pemakaian tali pinggang keledar masih tampak remeh bagi segelintir rakyat Malaysia dengan ramai yang tidak sedar kepentingannya.

Ahad lalu, seorang pelajar lelaki kolej vokasional berusia 18 tahun maut setelah terlibat dalam kemalangan dengan pihak polis mengesahkan mangsa tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memiliki lesen memandu.

Menurut laporan Sinchew, mangsa memandu kereta Honda City milik cikgunya yang berada di tempat duduk penumpang dan sedang dalam perjalanan menuju ke Lahad Datu dari Tawau.

Honda City tersebut difahamkan telah melanggar pembahagi jalan dan serta-merta hilang kawalan dan terbabas lalu menyebabkan pelajar tersebut tercampak keluar . Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, cikgunya – seorang wanita berusia 27 tahun – tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran memakai tali pinggang keledar. Dia kemudiannya memberitahu pihak polis bahawa pemandu tidak mabuk namun tidak memakai tali pinggang keledar ketika kemalangan berlaku.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply