GB Motorcycles Pengendali Baharu Harley-Davidson Pulau Pinang

Peminat Harley Davidson, mendapat khabar gembira hari ini apabila pengeluar motosikal Amerika Syarikat mengumumkan pelancaran semula wakil rasmi pengedar mereka di Pulau Pinang hari ini sekaligus menjadikan Harley Davidson Pulau Pinang pengedar ketiga rasmi di Malaysia selepas Melaka dan Petaling Jaya.

Tanggungjawab mengendalikan Harley Davidson Pulau Pinang kini di tangan GB Motorcycles yang menjalinkan kerjasama di antara Goh Brothers Group dan Kheoh Hock Seng.

Majlis pelancaran yang berlangsung hari ini turut menyaksikan pemilik Harley Davidson seluruh negara hadir dengan jentera masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran.

Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Market, Johan Kleinstuber berpendapat kerjasama dijalinkan bersama GB Motorcycles mampu membangunkan jaringan pengedaran yang kukuh di seluruh negara.

“Pengedar rasmi kami amat penting kerana mereka adalah teras dalam menawarkan keseluruhan pengalaman Harley-Davidson premium secara sepenuhnya buat para pengguna.

“Kami teruja dengan kerjasama terjalin dengan GB Motorcycles. Kami akan memastikan jalinan ini bertambah erat bagi membolehkan lebih ramai penunggang untuk menikmati jenama Harley-Davidson dan paling penting melahirkan generasi penunggang baru,” katanya.

Harley Davidson Pulau Pinang turut menawarkan pelbagai aksesori tambahan kepada setiap pengunjung yang hadir antaranya, pakaian, aksesori, peralataan penunggang, dan alat ganti pengubahsuaian Harley-Davidson.

Majlis pelancaran tersebut turut menyaksikan penyerahan unit pertama di Malaysia bagi model MY19 Tri Glide Ultra kepada seorang pelanggan di Pulau Pinang yang bernilai RM291,000.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply