Spesifikasi Bajaj Dominar 400 2019 Dibocorkan!

  • Slaid pembentangan rasmi bagi motosikal Bajaj Dominar 400 2019 telah dibocorkan di atas talian internet.
  • Motosikal baharu itu akan menerima pengemaskinian kuasa maksimum dari 35 PS yang ada sekarang menjadi 39.9 PS.
  • Perubahan lain termasuklah fork terbalik dan panel instrumen baharu.

Maklumat teknikal dari slaid pembentangan syarikat bagi model Bajaj Dominar 400 telah dibocorkan di atas talian internet, lapor maxabout.com.

Rupa paras motosikal tahun 2019 ini kekal serupa, di mana pengemaskininannya lebih tertumpu kepada penambahan keluaran kuasa. Enjin satu silinder, 373cc itu amat berpotensi untuk dibangunkan lagi. Dan dengan itu ianya tampil dengan ekzos baharu bagi motosikal Dominar 400 baharu dengan paip berganda dan kuasa maksimumnya dicapai pada tahap 650 rpm lebih tinggi dalam julat kilasannya. Rombakan semula ini meningkatkan kuasa maksimumnya kepada 39.9 PS pada 8,650 rpm, bertambah dari 35 PS. Tork maksimumnya kekal pada 35Nm namun kini pada tahap 500rpm yang lebih tinggi, pada 7,000rpm.

Bajaj juga telah melakukan perubahan pada transmisinya untuk pemecutan ‘roll-on’ yang lebih baik.

Selain daripada penambahan prestasinya, model 2019 ini juga didatangkan dengan panel instrumen yang dikemaskini dengan amaran ‘dot matrix’ beserta mesej amaran pada paparannya.

Satu lagi penambahan adalah fork terbalik.

Motosikal yang berwarna hijau dalam gambar di atas adalah untuk pasaran India. Ia tampak cukup menawan sekali!

Di bawah ini adalah perbandingan ringkas perbezaan antara model semasa dan juga model yang baharu itu.

 

Dominar 400 2019

Dominar 400 Semasa

Kuasa Maksimum
39.9 PS @ 8,650 RPM
35 PS @ 8,000 RPM
Tork Maksimum
35 Nm @ 7,000 RPM
35 Nm @ 6,500 RPM
Kapasiti Minyak Pelincir
1.7 liter
1.5 liter
Suspensi Hadapan
Fork terbalik
Fork konvensional
Spesifikasi pelincir Fork
PRF001 (440 ml)
SAE 10W20 (420 ml)
Lebar Keseluruhan
836 mm
813 mm
Berat Basah
184.5 kg
182 kg
Harga di India
INR 1.80 Lakh (jangkaan)
INR 1.63 Lakh

Sumber: Maxabout.com

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]