- State Railway of Thailand (SRT) akan menghentikan pengangkutan motosikal melebihi 125cc.
- Penguatkuasaan ini bermula pada 1 Februari 2019.
- Ada di kalangan penunggang dari Malaysia yang menghantar motosikal mereka ke Chiang Mai sebelum menunggang ke Mae Hong Son.
State Railway of Thailand (SRT) telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan mengangkut motosikal melebihi 125cc. Penguatkuasaan ini telah bermula pada 1 Februari 2019.
Ada di kalangan penunggang dari Malaysia yang akan menghantar motosikal mereka melalui keretapi memasuki Thailand ke destinasi atau tempat permulaan kegemaran mereka sebelum meneruskan perjalanan mereka. Salah satu destinasi popular adalah bandar Chiang Mai, di mana mereka akan menunggang dari sana menuju Mae Hong Son (destinasi 1000 selekoh yang cukup popular).
Selain itu, para penunggang boleh berehat atau tidur di atas keretapi berbanding meluangkan 12 jam atau lebih di atas jalan raya. Langkah ini juga menjimatkan kos bahanapi dan penginapan secara keseluruhannya.
SRT tidak memberikan sebab atas peraturan baharu ini. Dengan itu, kami tidak boleh memberi andaian mengapa ianya dilaksanakan.
Penulis secara peribadinya pernah mengangkut sebuah BMW R 1200 GS di atas sebuah keretapi SRT pada tahun 2018. Kami menaiki keretapi semalaman dari Bangkok menuju Hatyai. Porternya untuk satu sebab yang tidak diketahui tidak mesra langsung pada hari itu dan mereka perlu mengangkat motosikal yang seberat 240kg memasuki gerabak kargo menggunakan tangan. Kami terpaksa menanggalkan beg bagasi dan penghadang angin dan membawanya masuk ke dalam gerabak penumpang bersama kami.
Berita ini telah disampaikan melalui laman www.riderchris.com. Sila tekan pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan keretapi Thailand: https://www.riderchris.com/info/transporting-motorcycle-thailand-train/