Koleksi Hebat MV Agusta Klasik Untuk Dijual

250 Bicylindrica Bialbero 1960
  • Sebuah koleksi motosikal MV Agusta klasik akan dijual di Paris.
  • Koleksi ini terdiri daripada 90 buah motosikal termasuklah prototaip, jentera lumba buatan khas, motosikal pengeluaran, skuter dan lain-lain.
  • Ianya dijangka mencecah harga antara €3,000 hingga €250,000 setiap satu.

Kita pernah melihat bermacam jenis motosikal moden, klasik, dan vintaj yang disenaraikan dalam laman Mudah.my, namun, kali ini, ianya sesuatu yang amat mengagumkan. Untuk dijual adalah sebuah koleksi yang terdiri daripada 90 buah motosikal MV Agusta klasik dan ikonik.

Koleksi ini telah dikumpul oleh sebuah keluarga yang amat meminati jenama Itali berkenaan. Bapa saudara pemilik semasa koleksi ini telah bekerja dengan bengkel MV Agusta keluarga berkenaan buat sekian lama. Dia juga pernah mengemudi jentera-jentera tersebut di perlumbaan Giro d’Italia dan Milan-Tarento.

500 empat silinder Corsa Replica 1974

Dia juga bertanggungjawab membeli motosikal-motosikal ini, yang mana pada ketika itu tidak terlalu mahal. Semakin bertambah koleksinya itu, dia telah menyewa sebuah kilang yng tidak digunakan berhampiran Monaco untuk menyimpan koleksi yang besar ini. Dia telah mendapatkan bantuan bekas mekanik pengilang bagi membaik pulih sesetengah daripada motosikal tersebut, tanpa mengira kosnya. Ada antara motosikal ini telah dibina oleh Arturo Magni sendiri.

750S John Surtees Tribute 1972

Dan dengan itu, ke semua motosikal dalam keadaan yang baik dan telah diiktiraf oleh muzium MV Agusta.

Scooter Ovunque 1952

Koleksi ini terdiri daripada motosikal pengeluaran dan juga model buatan khas, skuter, motosikal kegunaan jalan raya, dan juga prototaip, yang mana ada daripadanya dihasilkan seawal tahun 1945. Terdapat juga sebuah motosikal mini yang telah dibina untuk anak Phil Read sebelum ianya dikilangkan. Ianya dihasilkan berdasarkan jentera lumba Phil Read sendiri. Ianya bukan omong kosong apabila pemiliknya mendakwanya sebagai koleksi terbesar jenama Itali berkenaan.

125A Callesino 1953

Artcurial Motorcars akan menjual koleksi ini di Retro Salon di Paris pada 9 Februari akan datang (sempat lagi kalau ingin beli tiket kapal terbang ke Paris). Ianya dijangka mampu mencecah harga antara €3,000 hingga €250,000 setiap satu.

Sumber imej: Rideapart.com

GALERI GAMBAR

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]