- Rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta telah berjaya merakam beberapa buah motosikal dari Singapura yang dipita pelekatkan nombor pletnya di atas Lebuhraya Utara-Selatan PLUS.
- Motosikal-motosikal ini merupakan sebahagian daripada sebuah konvoi besar dari negara berkenaan.
- Ini berlaku selang beberapa hari selepas kerajaan Singapura mengatakan mereka akan mengharamkan kenderaan asing dengan saman tertunggak daripada memasuki negara tersebut.
Sebuah rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta baru-baru ini telah berjaya merakamkan beberapa buah motosikal dari Singapura dengan nombor plet yang dipita pelekatkan di atas Lebuhraya Utara-Selatan PLUS. Laman ROAD.sg telah berkongsi video ini pada laman Facebook mereka dan kini ianya telah tular.
Rakaman berkenaan telah menunjukkan sejumlah besar motosikal berkonvoi dengan kemas di laluan sebelah kiri dan membolehkan pengguna jalan raya yang lain memintas mereka di laluan sebelah kanan. Ini adalah satu etika jalan raya dan berkonvoi yang terpuji. Pemandu dan penumpang kereta pada mulanya berasa kagum dengan motosikal berkapasiti besar yang sedang berkonvoi itu, namun, perbualan menjadi semakin rancak apabila mereka mendapati ada antara motosikal berkenaan melindungi nombor plet mereka dengan pita pelekat. Saksikanlah video tersebut di bawah ini (sumber video: “Amy” dan laman Facebook ROAD.sg).
https://www.facebook.com/Roads.sg/videos/536588093496302/
Jadi, mengapakah mereka menunggang dengan plet yang dilindung nombornya? Adakah pita itu sekadar untuk melekatkan plet berkenaan kepada motosikal? Atau adakah ianya kerana adanya kamera radar AES/AWAS/polis? Kemungkinan yang paling ketara adalah untuk mengelakkan nombor plet mereka dirakam sewaktu menunggang dengan laju bagi mengelakkan saman.
Video ini muncul selang beberapa hari selepas kerajaan Singapura mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengharamkan sesetengah kenderaan dari luar negara dari memasuki republik berkenaan. Ini adalah tindak balas ke atas para pengguna jalan raya dari Malaysia yang memiliki saman tertunggak yang berjumlah RM100 juta, seperti yang dilaporkan oleh World of Buzz.
Kami senantiasa berpendirian neutral dalam hal sebegini. Dalam sesebuah negara, sudah pasti ada bermacam-macam jenis orang dalamnya, tidak kira yang baik mahu pun sebaliknya. Jadi, marilah kita bersikap wajar dan bayar saman yang ada di Singapura. Sebaliknya, jika ada antara penunggang dari Singapura yang membaca artikel ini, ingat-ingatkanlah rakan-rakan anda untuk tanggalkan pita pelekat pada plet nombor mereka. Mereka akan berdepan dengan saman yang lebih besar, atau berkemungkinan akan dirampas motosikal mereka sekiranya dtahan oleh pihak berkuasa Malaysia