Yamaha YZF-R25 2019 Dilancarkan Oleh Hong Leong Yamaha Motor

  • Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal lumba ringan Yamaha YZF-R25 2019 pada hari ini.
  • Ia menampilkan penggayaan dan panel badan baharu, diilhamkan dari jentera MotoGP YZR-M1.
  • Motosikal 2019 ini tidak berubah dari segi mekanikal, kecuali untuk fork terbaliknya.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan sebuah lagi model yang telah dinantikan ramai, Yamaha YZF-R25 2019.

Generasi pertama YZF-R25 (R25) telah mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penggemar motosikal di Malaysia. Jualan model ini kekal kukuh walaupun telah berada di dalam pasaran sejak tahun 2015. HLYM telah menjual ribuan model R25 sejak pengenalannya itu.

Atas sebab inilah telah munculnya begitu banyak kelab pemilik R25 di Malaysia. Malah, ribuan pemiliknya akan memunculkan diri untuk konvoi rasmi mereka, antaranya adalah tunggangan tahunan ke pusingan MotoGP Malaysia.

Motosikal R25 2019 ini ditampilkan dengan penggayaan dan panel badan yang baharu, meniru rupa saudaranya yang lebih besar, YZF-R6. Malah, ianya cukup mudah sekali untuk tersalah cam model R25 yang baharu ini untuk motosikal R6 yang baharu kerana reraup yang pelbagai seginya itu, lampu hadapan dan belakang baharunya yang agresif, dan juga bahagian ekornya. Kedua-dua lampu hadapan dan belakangnya adalah lampu LED.

Bagaimana pun, kerangka dan enjinnya kekal sama, kecuali bagi fork terbalik pada model 2019 ini.

Yamaha mendakwa yang model R25 baharu ini telah menerima peningkatan sebanyak 8km/j untuk kelajuan tertingginya.

Tarikannya

  • Penggayaan agresif yang diilhamkan dari jentera MotoGP YZR-M1.
  • Enjin berganda selari, 8 injap, sejukan cecair, 249cc.
  • Enjinnya menghasilkan 35.5hp pada 12,000rpm, dan 22.6Nm pada 10,000rpm.
  • Paparan instrumen LCD yang dikemaskini.
  • Suspensi hadapan fork terbalik baharu untuk keteguhan dan maklum balas casis.
  • Penyerap hentakan belakang dengan pelaras pra muatan.
  • Lampu hadapan dan belakang LED baharu.
  • Suis utama 3-dalam-1 baharu diinspirasikan oleh motosikal-motosikal berkapasiti tinggi Yamaha.
  • Tangki bahanapi 14.3 liter.
  • Berat basah 166kg.

HLYM akan mengumumkan harga Yamaha YZF-R25 2019 ini pada tarikh yang kemudian. Ianya akan ditawarkan dalam dua kemasan warna: Metallic Blue dan warna Matt Red yang baharu.

Motosikal ini telah dilancarkan sewaktu Persidangan Pengedar tahunan HLYM di Genting Highlands.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply