Shark Helmet Menjadi Penaja Utama Grand Prix Perancis Untuk 3 Tahun

  • Shark Helmets akan menjadi penaja utama bagi Grand Prix Perancis untuk 3 tahun bermula tahun 2019.
  • Pengeluar itu berasal dari Perancis, jadi GP Perancis ini adalah perlumbaan halaman mereka.
  • GP Perancis 2019 akan diadakan di Litar Le Mans dari 17 hingga 19 Mei.

Promoter MotoGP, Dorna Sports telah mengumumkan bahawa Shark Helmets akan menjadi penaja utama bagi Grand Prix Perancis untuk tiga tahun yang akan datang bermula dari tahun 2019.Dan oleh kerana itu, acara ini akan dikenali dengan nama “Shark Helmets Grand Prix de France.”

Pengeluar ini telah diasaskan di Marseille, Perancis, 30 tahun yang lalu. Jadi, ianya bertepatan sekalilah penajaan perlumbaan Grand Prix ini di halaman mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Shark Helmets, Patrick Francois, berkata, “Perlumbaan tersemat dalam DNA kami: dengan hampir 70 buah takhta kejuaraan dunia, kami bergantung pada perlumbaan motosikal bagi memangkin pembangunan jenama kami sejak penubuhannya.”

 

“Kami berasa teruja kerana SHARK Helmets telah bersetuju menjadi penaja utama untuk Grand Prix Perancis,” ujar Pau Serracanta, Pengarah Urusan Dorna Sports, “Nilai-nilai mereka seiring dengan nilai yang dipegang oleh MotoGP. Le Mans senantiasa merupakan salah sebuah acara yang paling sibuk dan bersemangat pada setiap musim dan ianya berita yang hebat bagi kedua-dua belah pihak MotoGP serta acara ini kerana memiliki sebuah syarikat dengan kaliber sebegini menjadi penaja utama bagi tiga musim yang berikutnya sebagai Grand Prix halaman mereka.”

Shark telah menaja penunggang ternama pada masa lalu seperti Carl Fogarty, dan penunggang MotoGP semasa, Johann Zarco dan Jorge Lorenzo.

Shark Helmets Grand Prix de France 2019 akan berlangsung di Litar Le Mans dari 17 hingga 19 Mei 2019.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]