Pusat pameran bergerak Mercedes-Benz Star Galleria dilancarkan!

Cycle & Carriage Bintang Berhad telah melancarkan Star Galleria iaitu sebuah pusat pameran bergerak Mercedes-Benz. Pusat pameran mudah alih atau ‘roadshow’ yang dilancarkan di Plaza Arkadia, Desa Park City sebentar tadi dianjurkan sempena sambutan ulangtahun Cycle & Carriage yang ke-120 dan akan dilaksanakan di beberapa lokasi sepanjang tahun 2019.

Autohaus bergerak bersaiz 20 kaki × 8 kaki bersama logo terkenal ‘Three-Pointed Star” dapat memberi peminat Mercedes-Benz di dalam negara dengan memberi pengalaman membeli, mengenali dan memiliki sebuah kenderaan Mercedes-Benz yang lebih menarik dan unik.

Segala pakej dan tawaran menarik boleh diketahui dengan lebih lanjut di dalam kawasan Star Galleria yang selesa dan juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Wi-fi, peralatan digital dan lain-lain.

Star Galleria juga dipenuhi dengan jurujual eksekutif dan pakar produk dimana segala soalan dan pertanyaan boleh dikemukakan berkenaan dengan proses pengenalan dan pemilikan mana-mana model Mercedes-Benz dari Cycle & Carriage.

Untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun Cycle & Carriage yang ke-120, sebanyak 120 pakej percutian akan diberi kepada para pelanggan mereka di Malaysia, Singapura dan Myanmar. Destinasi percutian? Mongolia, Nepal dan Korea Selatan!


Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu membeli kenderaan Mercedes-Benz baharu atau terpakai dari Cycle & Carriage untuk mendapat 12 penyertaan ATAU 1 penyertaan bagi setiap pembelian atau servis RM3,000 ke atas di dalam satu resit.

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www cyclecarriage.com/120.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply