Aprilia Malaysia Bermula Dengan Langkah Kanan Sewaktu Acara Bersama Pelanggan Pertama Mereka

  • Aprilia Malaysia dan Sheng Fatt Motor telah mengadakan sesi bual bicara anjuran bersama mereka yang pertama di Pulau Pinang.
  • Program ini bertujuan untuk memberi sokongan buat para pemilik Aprilia di utara Malaysia.
  • Aprilia Malaysia dan Sheng Fatt amat menitik beratkan perkhidmatan selepas jualan.

Membeli sebuah motosikal dari wakil pengedar cukup mudah sekali, namun, mencari wakil pengedar yang betul, yang akan terus menawarkan sokongan buat anda setelah sekian lama, adalah sesuatu yang jauh lebih sukar. Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd., ‘otai’ sejati dalam kancah motosikal Pulau Pinang, baru-baru ini telah membuktikan bagaimana ia menjaga para pelanggannya.

Syarikat berkenaan, dengan kerjasama Aprilia Malaysia, yang kini di bawah pengedar eksklusif baharu, Didi Resources Sdn. Bhd., baru-baru ini telah mengadakan sesi bual bicara bersama para pelanggannya dan juga buat mana-mana penunggang motosikal yang ingin menyertainya.

Encik Goh Kian Sin, Pengarah Urusan Didi Resources, berkata, “Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pelan tindakan kami bagi memperkukuhkan lagi nilai jenama dan pengalaman pemilikan melalui jaringan kami yang baharu di seluruh Malaysia. Kuncinya adalah mendapatkan wakil pengedar yang sesuai bagi melaksanakan objektif bersama. Pada hari ini, pelanggan kami di utara boleh meyakini yang motosikal mereka berada dalam jagaan yang baik.”

Encik Goh Kian Sin (kiri) dan Encik Kheoh Hock Seng (kanan)

Sesi bual bicara itu dihoskan oleh Kheoh Hock Seng, Pengarah Urusan Sheng Fatt Motor, bersama dengan Pengurus Selepas Jualan Aprilia Malaysia, Idon Pang. Mereka berdua telah menyentuh topik seperti penjagaan dan penyelenggaraan motosikal, bimbingan mengenai pembelian dan cara penggunaan gear yang betul. Acara ini turut melibatkan lawatan ke bengkel rasmi baharu untuk motosikal Aprilia di Pulau Pinang.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiri sesi bual bicara ini. Obektif kami adalah untuk berkongsi pengetahuan sebanyak yang kami mampu dengan semua orang yang menghadiri dan berdasarkan kehadiran dan kesungguhan yang ditunjukkan semua orang, saya boleh katakan yang ianya sebuah acara yang berjaya,” ujar Hock Seng.

Bual bicara ini telah dihadiri oleh 20 orang pemilik Aprilia dan juga penunggang jenama yang lain, dan telah diadakan di bilik pameran syarikat berkenaan di No. 24, Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply