Shell Malaysia nak ‘payung’ percutian ke Italy, New Zealand atau Korea Selatan!

Shell Malaysia dengan rasminya telah melancarkan peraduan “Win a Trip with Shell” dimana para pelanggan boleh memenangi percutian destinasi pilihan antara Italy, New Zealand atau Korea Selatan!

Satu pemenang akan dipilih setiap minggu tempoh peraduan dijalankan dari 17 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019. Para pelanggan Shell hanya perlu belanja RM40 minimum di mana-mana stesen Shell Malaysia di seluruh negara untuk layak menyertai peraduan “Win a Trip with Shell”.

Menurut pengarah urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Encik Shairan Huzani Husain, “Para pelanggan merupakan keutamaan kami di Shell dan matlamat kami adalah untuk menyenangkan kehidupan seharian kepada semua. Kami sedar akan minat rakyat Malaysia dalam memperolehi pengalaman baru melalui perjalanan atau percutian dan peraduan ini dijalankan untuk memberi ganjaran yang tidak akan dilupakan kepada pelanggan tahun ini.”

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu melakukan tiga langkah mudah iaitu:

  1. Belanja RM40 minimum di mana-mana stesen minyak Shell (tidak termasuk produk tembakau, E-Pay dan Touch & Go)
  2. Pilih destinasi antara Italy, New Zealand atau Korea Selatan dalam borang peraduan.
  3. Hantar borang bersama resit.

Pemenang pertama telah pun dipilih iaitu Encik Wan Muhammad Fathi. Beliau yang berasal dari Kedah telah berjaya dan akan ke destinasi idaman iaitu New Zealand.

Shell Malaysia juga akan menjalankan pertunjukan jalanan yang akan berlangsung di stesen-stesen pilihan di bawah:

  • Tesco Kepong (11-13 Januari 2019)
  • Sunway Pyramid (17-20 Januari 2019)
  • East Coast Mall, Kuantan (31 Januari – 3 Februari 2019)
  • KSL City Mall, Johor Bahru (15-17 Februari 2019)
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang (21-24 Februari 2019)
  • Aeon Station 18, Ipoh (26 Februari – 3 Mac 2019)

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/percutianimpian.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply