Saksikan Asia GT Festival pertama di Malaysia, 15-17 Mac 2019!

Country Heights dan rakan kongsi dari China, Goldenport Enterprises, baru sahaja mengumumkan kerjasama terkini mereka dalam menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah bagi pusingan pertama Asia GT Festival di Sepang Circuit (SIC).

Malaysia akan menjadi negara pertama yang akan mengaturkan perlumbaan Asia GT (China GT Championship) di luar negara China dimana lebih dari 30 kereta lumba GT dari seluruh dunia akan bertarung untuk memenangi hadiah berjumlah RM5.45 juta.

Pengarah Eksekutif Country Heights, Encik Matahari Lee, berkata mereka berhasrat untuk mengembangkan lagi pendedahan perlumbaan kereta di Malaysia dengan menganjurkan Asia GT Festival pada Mac 2019. Mereka juga ingin para pelumba tanah air melibatkan diri dalam acara perlumbaan terkenal ini.

Seperti siri perlumbaan Japan GT, terdapat tujuh pusingan China GT Championship yang akan dijalankan sepanjang tahun di China dan buat pertama kalinya, kerjasama antara Country Heights dan Goldenport Enterprises akan menganjurkan pusingan pertama Asia GT Festival di Malaysia dalam menjadi siri perlumbaan kereta yang paling unggul.

Pelbagai jenama terkemuka seperti Porsche, Audi, Ferrari, Bentley, McLaren, Mercedes-Benz dan banyak lagi akan menyertai perlumbaan tersebut. Bagi Asia GT Festival, mereka telah memilih untuk bekerjasama bersama MotoNation dan Malaysia Speed Festival (MSF) dalam menarik lebih banyak peminat dengan pelbagai acara-acara menarik seperti Saga Cup dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket yang berharga antara RM20 hingga RM350, anda boleh layari www.motonation.com.my atau layari laman Facebook mereka di www.facebook.com/MotoNation2018/.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply