SBK Ciptaan Walt Siegel Motorcycles

  • Walt Siegel Motorcycles (WSM) adalah pembina motosikal Ducati buatan khas.
  • Mereka telah membina model retro ini yang telah diberi nama “SBK”.
  • WSM telah membina motosikal ini menggunakan enjin Ducati sejukan udara atau pun cecair.

Anda inginkan sebuah motosikal superbike Ducati tetapi merasakan model Panigale terlalu ‘biasa-biasa’ sahaja untuk selera anda? Jika ya, anda boleh cuba dapatkan motosikal “SBK” ini dari Walt Siegel Motorcycles (WSM).

WSM bertapak di New Hampshire dan menukang tangan motosikal janaan Ducati buatan khas. Sebelum ini, mereka menggunakan enjin Ducati sejukan udara dua injap, tetapi kini, WSM telah membina motosikal mereka berasaskan enjin sejukan cecair empat injap.

Motosikal SBK ini boleh disuaikan dengan kedua-dua enjin tersebut. Kerangka ‘ladder-trellis’ klasik Ducati telah digunakan, berbanding dengan rekaan ‘monocoque’ yang ada pada Panigale. Bagaimana pun, geometri kerangka motosikal WSM ini mirip seperti jentera Ducati dalam kejohanan World Superbike Championship, yang berbeza daripada kerangka motosikal pengeluaran awam.

Model contoh ini telah dibina untuk enjin 1098 sejukan cecair, empat injap (klac kering), dibina oleh Bruce Meyers Performance. Bagaimana pun, ianya bercirikan ECU buatan khas WSM. ECU ini dilengkapi dengan ciri kawalan cengkaman, penukaran ke gear yang lebih tinggi tanpa penggunaan klac, papan pemuka antaramuka penuh beserta dengan paparan data.

Ianya disebabkan oleh enjin 1098-nya itulah WSM telah menggunakan kerangka dan geometri casis berkenaan. Motosikal SBK ini dilengkapi dengan fork FGR World Superbike Öhlins dan penyerap hentakan Öhlins TTX, dirombak semula mengikut spesifikasi WSM. Angkup Monobloc Brembo dan cakera brek Brembo adalah pilihan yang nyata bagi breknya.

WSM menggunakan karbon fiber bagi mengurangkan berat motosikal ini. Dalam jumlah yang besar. Reraup utamanya diperbuat daripada karbon fiber secara keseluruhan, dengan beratnya hanyalah pada 4kg. Bahagian ekor dan sub-rangkanya juga diperbuat daripada karbon fiber, dengan jumlah berat yang cukup ringan, iaitu 0.8kg. Lohong udara dan tiub masukannya juga buatan karbon fiber.

Ada beberapa buah perbezaan yang nyata antara motosikal SBK sejukan udara dan sejukan cecair. Motosikal SBK sejukan udara menggunakan roda karbon fiber BTS yang dilitupi dengan tayar perlumbaan ‘slick’ Metzeler, serta peredam ekzos titanium Arrow. Ianya seberat 154kg. Model “LC” pula, dilengkapkan dengan roda OZ Racing dan tayar Dunlop Q4. Peredam ekzosnya dari SC Project. Ianya seberat 161kg, kerana penggunaan sejukan cecair.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]