Pelanggan Caltex menang Mercedes-Benz GLC 200!

Sempena dengan kerjasama Chevron Malaysia Limited (Caltex) dan Mastercard baru sahaja menamatkan kempen “Tap & Go with Mastercard Contactless at Caltex” di mana Encik Chan Kow Chai dari Selangor telah berjaya memenangi sebuah Mercedes-Benz GLC 200 Exclusive Live!

Menurut Encik Shahid Ahmed, Pengerusi Chevron Malaysia Limited, “Kami komited dalam meningkatkan perjalanan setiap pengguna di stesen perkhidmatan kami di seluruh negara dan memastikan Caltex menyampaikan perkhidmatan tambah nilai, di samping produk berkualiti. Sebagai pembekal bahan api pertama di Malaysia yang menyediakan teknologi pembayaran ‘contactless’ di terminal bayaran, kami yakin perkhidmatan ini akan menjamin kepuasan pengguna kami dalam menyediakan kemudahan dan menjimatkan masa mereka.”

“Chevron juga berkomited untuk menggalakkan perpindahan negara ke pembayaran elektronik dan merealisasikan wawasan Bank Negara Malaysia dalam menghasilkan masyarakat ‘cashless’ di Malaysia. Dengan sokongan Mastercard, komitmen kami untuk berada di barisan hadapan dalam teknologi pembayaran akan terus menjadi keutamaan dan kami akan sentiasa memaksimumkan usaha untuk memenuhi segala permintaan pelanggan untuk kesenangan masa akan datang,” tambah Encik Shahid.

Pemenang kempen iaitu Encik Chan Kow Chai berkata “Promosi ‘Tap & Go’ adalah sesuatu yang menarik perhatian saya. Memenangi sebuah kereta baru adalah sesuatu yang saya tidak jangkakan tetapi ia telah menjadi sesuatu yang saya tidak akan lupakan. Caltex selalu menjadi bahan api pilihan saya kerana kualiti bahan bakarnya. Sekarang dengan penambahan pembayaran tanpa sentuh di pam luar, ini telah memberi saya jaminan kepantasan dan kemudahan setiap kali saya mengisi minyak kenderaan saya. ”

Kempen ini juga telah memberi lebih dari 131 hadiah premium seperti 30 buat skuter Honda BeAT dan 100 kad Mastercard bernilai RM1,000 setiap satu. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dari mereka, layari www.caltex.com.my atau www.facebook.com/Caltex.Malaysia/.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply