- Model Ducati Multistrada 950 S 2019 dan Ducati Multistrada 950 2019 telah dilancarkan di EICMA 2018.
- Kedua-dua buah model ini telah dikemaskini dengan perincian baharu, di mana model “S” dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih tinggi.
- Motosikal 950 S merapatkan jurang dengan model Multistrada 1260.
Kami telah melaporkan sebelum ini bahawa Ducati telah diintip sedang menguji sebuah Multistrada 950 baharu dan khabar angin tersebut ternyata benar. Ducati telah melancarkan kedua-dua model Ducati Multistrada 950 S 2019 dan Multistrada 950 2019 di acara pertunjukan EICMA 2018.
Cocok dengan gelaran “S”-nya itu, model Ducati Multistrada 950 S 2019 menawarkan lebih banyak perincian. Ia akan menjadi model yang merapatkan jurang antara motosikal asas Multistrada 950 dan saudara mereka yang lebih besar, Multistrada 1260. Model asas Multistrada 950 akan kekal sebagai pilihan tahap permulaan, tetapi ia juga akan disertakan dengan beberapa buah perincian yang baharu.
Ciri-ciri yang baharu pada kedua-dua Multistrada 950 S dan Multistrada 950 adalah:
- ‘Vehicle Hold Control’ untuk permulaan dakian.
- Klac hidraulik.
- Lampu isyarat mati-kendiri.
- ‘Bosch Cornering ABS.
Selain daripada perincian di atas, model Multistrada 950 S juga dilengkapi dengan:
- Suspensi elektronik semi-aktif “Skyhook” Sach.
- Quickshifter dwi-arah.
- Lampu hadapan LED penuh.
- Paparan TFT.
- Suis gear ‘backlit’.
Cornering ABS berasaskan IMU juga sebahagian daripada langkah Ducati untuk melengkapkan ke semua model 2019 mereka dengan ciri berkenaan.
Selain itu, model Multistrada 950 S 2019 juga didatangkan dengan reraup baharu yang diambil dari motosikal Multistrada 1260. Lengan ayunnya juga telah dicat dengan warna hitam.
Pelanggan boleh memilih untuk melengkapkannya dengan roda berjejari wayar sekiranya mereka ingin membawa motosikal ini di atas jalan tanah merah.
Enjinnya kekal sama seperti model Multistrada 950 asas. Enjin ‘V-Twin’ 937cc, 90º (Ducati gelarnya sebagai “L-Twin”) menghasilkan 111hp dan 96Nm tork. Model 950 S adalah seberat 230kg dengan tangki bahanapi sebesar 20 liter. Motosikal 950 asas pula seberat 223kg.