Audi R8 V10 plus Coupe Competition Package 2018 – 10 unit sahaja!

Audi telah melancarkan sebuah model Audi R8 V10 yang berorientasikan prestasi paling tinggi di Amerika Syarikat iaitu Audi R8 V10 plus Coupe Competition Package 2018. Model Audi R8 yang telah disiap pasang dengan segala kelengkapan bahagian prestasi dari Audi Sport termasuk pakej aerodinamik lengkap yang dibina menggunakan gentian karbon.

Hanya 10 unit sahaja yang akan dijual di pasaran Amerika Syarikat segala aspek berkenaan prestasi model Audi R8 V10 plus Coupe Performance Package telah dioptimumkan. Dengan pakej ini, berat keseluruhan telah direndahkan dan ‘downforce’ dipertingkatkan dengan penggunaan plat penyokong titanium dan pad brek seramik karbon.

Roda 20-inci yang diilhamkan dari model Audi R8 GT4 juga berjaya mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 12kg yang juga menunjuk usaha Audi dalam membawa teknologi perlumbaan untuk kereta jalanan mereka. Segala pengurangan berat ini berjaya meningkatkan daya ‘downforce’ ke paras optimum walaupun pada kelajuan maksimum 315km/j!

Spesifikasi menarik yang terdapat pada Audi R8 V10 plus Coupe Competition Package 2018 adalah:

  • Warna dalaman ‘Suzuka Gray’
  • Kerusi lumba hitam dengan jahitan merah
  • Pakej luaran Black Optic Audi
  • Stereng dinamik
  • Pakej kulit lengkap bagi bahagian dalaman
  • Sistem audio Bang & Olufsen® (13 pembesar bunyi)
  • Aero kit lengkap gentian karbon

Model edisi terhad Audi R8 ini akan dipasarkan mulai November 2018 dengan harga $237,350 (RM986,901). Dengan hanya 10 unit sahaja, anda memerlukan lebih modal jika ingin memiliki model ini di luar Amerika Syarikat.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply