- Motosikal Suzuki Katana baharu telah diperkenalkan dalam video usikan yang keempat dan yang terakhir.
- Nampaknya Suzuki telah mendapat pengajaran dari model Katana yang lebih kemudian dan telah kembali kepada rekaan asal motosikal tersebut.
- Motosikal ini akan dilancarkan secara rasmi sewaktu acara Intermot yang akan bermula pada 2 Oktober akan datang.
Motosikal Suzuki Katana akhirnya telah muncul dalam video usikan terakhir bagi model tersebut.
Ia tampak jelas dari video tersebut bahawa Suzuki telah kembali kepada reka bentuk asal motosikal GSX1100 Katana 1980. Ini sudah pasti satu berita yang menggembirakan kerana para penggemar motosikal ini menganggap rekaan Katana yang lebih kemudian sebagai rekaan yang hodoh, sehinggakan ianya telah diberi nama gelaran “Kan-O’-Tuna”.
Lagi pun, sekiranya Kawasaki mampu menjadikan model Z900RS sebagai sebuah motosikal moden retro, pastinya Suzuki juga mampu kerana ianya adalah motosikal Katana inilah yang telah merevolusikan rekabentuk motosikal.
Motosikal GSX1100 yang asal adalah hasil kerja mantan Ketua Pereka BMW, Hans Muth. Dia bertanggungjawab ke atas BMW R90S dan BMW R100S, motosikal pengeluaran pertama yang didatangkan dengan reraup.
Ada khabar mengatakan yang dia mengusulkan kepada BMW sebuah konsep bergelar “79 Target Design”, namun telah ditolak kerana dianggap sebagai terlalu ranggi. Jadi, Muth telah membawa rekaan tersebut ke Suzuki dan hasilnya, motosikal tersebut telah menjadi salah sebuah motosikal paling ikonik dalam sejarah.
Reka bentuk Katana tahun 1980 telah mengubah kebiasaan dalam penggayaan motosikal. Selain daripada bentuk badannya yang bersegi, ianya mempunyai “antaramuka tangki/badan”, di mana bahagian belakang tangki menjunam ke bawah bersambung dengan bahagian hadapan pelana.
Jadi, tidak syak lagi ianya mempunyai warisan yang menakjubkan, namun, ke manakah hala tujuannya dari sini?
Reka bentuk motosikal baharu ini masih mengekalkan sebahagian daripada bahagian panelnya yang tajam, tetapi lebih dibulatkan bagi memberikan aura yang lebih kontemporari. Bahagian badan yang berwarna perak kemudiannya disambungkan dengan kerangka, enjin, dan lengan ayun yang dilegapkan. Pelana tampak seperti rekaan bertingkat ‘one-piece’, tetapi, di antara kita yang lebih peka sudah pasti akan tertanya-tanya mengapa ianya tidak datang dengan pelana dua tona warna.
Ekzosnya adalah ekzos satu sisi dan bukannya ekzos dua sisi.
Palang pemegang tampak tinggi dan lebar. Lutut penunggang tampak dikangkang luas di bahagian tangki bahanapi. Perkara-perkara ini mengandaikan yang posisi duduknya adalah antara cangkungan yang ‘sporty’ dan kedudukan menegak.
Pertunjukan Intermot akan berlangsung dalam masa beberapa hari lagi (dari waktu artikel ini disiarkan). Kami, seperti anda semua, juga amat ingin tahu mengenai spesifikasi teknikal motosikal ini.