BMW Motorrad Dengan Secara Rasminya Memperkenalkan Model R 1250 GS Dan R 1250 RT 2019 Baharu

  • BMW Motorrad dengan serta merta telah memperkenalkan secara rasmi model R 1250 GS dan R 1250 RT 2019 yang baharu.
  • Kedua-dua buah motosikal ini akan dijana oleh enjin Boxer 1,254cc dengan Shift Cam baharu.
  • Kedua-dua buah model ini juga akan dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan yang lain selain enjin tersebut.

Seperti mana yang telah kami laporkan sebelum ini, BMW Motorrad telah memutuskan untuk memperkenalkan model R 1250 GS dan R 1250 RT sebelum acara Intermot.

Jadi, apakah yang mengujakan tentang kedua-dua motosikal ini?

Motosikal BMW R 1250 GS ini, secara mudahnya, merupakan motosikal paling laris dalam dunia dan sumber pendapatan utama pengeluar dari Bavaria itu. Tetapi, para pengeluar lain mulai menceroboh pegangan pasaran BMW dan sudah tiba masanya untuk mereka mengubah mercu tanda aras tersebut. Kelengkapan yang nyata paling sesuai untuk dimulakan penambaihbaikan sudah semestinya adalah enjin Boxer sejukan udara/cecair yang telah mula dikilangkan pada tahun 2013.

Seperti mana yang telah kami laporkan sebelum ini, enjin Boxer 1,254cc baharu ini kini dilengkapi dengan ‘Shift Cam’, kelengkapan pemasaan injap boleh ubah milik BMW. Penjana kuasa ini kini mampu menghasilkan sehingga 136hp dan 143Nm tork. 136hp masih lebih rendah berbanding 160hp yang dihasilkan oleh KTM 1290 Super Adventure, namun, menurut BMW, 125hp pun sudah memadai bagi mereka.

Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat ciri-ciri yang ada pada model-model baharu ini.

BMW R 1250 GS 2019

  • Model GS 2019 ini tampak agak mirip dengan model R 1250 GS semasa, dengan beberapa buah perubahan.

  • Kelengkapan standard termasuklah mod penunggangan ‘Rain’ dan ‘Road’, ASC (Automatic Stability Control), HSC (Hill Start Control), dan ABS Pro (Cornering ABS).
  • Pakej tambahan Riding Modes Pro tampil dengan mod penunggangan ‘Dynamic’ dan DTC (Dynamic Traction Control).

  • Khusus bagi model R 1250 GS, pakej ini dilengkapkan lagi dengan Dynamic Pro, Enduro, serta Enduro Pro.
  • Terdapat juga DBC (Dynamic Brake Control) yang menghindari pemecutan tanpa sengaja sewaktu pembrekan.

  • Motosikal R 1250 GS akan dilengkapi dengan paparan TFT berwarna 6.5 inci baharu. Fungsi kenderaan dan ketersambungan dikawal menggunakan roda ‘BMW Motorrad Multi-Controller’ standard.
  • Pencahayaan LED datang sebagai standard, manakala Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED adalah pilihan tambahan.

  • Pilihan tambahan Dynamic ESA “Next Generation” disediakan untuk GS.ESA (Electronic Suspension Adjustment).
    Dan seperti mana sistem ESA dan ESA Dynamic semasa, kebolehan muatan dan redaman suspensi dapat dilaraskan dengan hanya menekan satu suis, di samping menambah beberapa buah mod tambahan sepert “Dynamic” dan “Dynamic Pro”, serta “Enduro” dan “Enduro Pro” khusus untuk GS.

  • Rangkaian R 1250 GS baharu akan termasuk model berorientasikan ‘off-road’, R 1250 GS HP.
  • Model HP akan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan ‘off-road’.Pilihan tambahan untuk model HP adalah suspensi sukan dengan ruang gerak tambahan.

  • Disediakan dalam empat skema warna baharu – dua asas dan dan dua lagi dalam skema yang menonjol gayanya.
  • Versi asas adalah Blackstorm Metallic dan Cosmic Blue Metallic. Versi yang lebih menonjol pula, salah satu daripadanya adalah Exclusive, yang mana menggabungkan Blackstorm Metallic dengan Night Black.

  • Yang satu lagi adalah HP, diperkemaskan dengan warna perlumbaan BMW, dan menonjolkan kebolehan ‘off-road’nya.

BMW R 1250 RT 2019

  • Kebanyakan kemaskini yang ada pada R 1250 GS, juga ada pada R 1250 RT.
  • Sekilas pandang, motosikal RT baharu ini tampak mirip seperti R 1200 RT semasa, namun, ia tampil dengan beberapa buah perbezaan yang ketara, selain daripada penutup kepala silinder.

  • Angkup brek hadapannya telah diperkemaskini, dan terdapat sirip enjin di bawah penutup ‘stator’, ‘downpipe’ ekzos melengkung lebih jauh ke belakang, dan, semestinya, lencana R 1250 RT.

  • Penalaan enjin, prestasi, serta nisbah penggearan sama seperti model GS.

  • Ia juga datang dengan dua mod penunggangan “Road” dan “Rain”, selain ASC (Automatic Stability Control) dan HSC (Hill Start Control) yang datang sebagai kelengkapan standard.

  • Motosikal RT ini dilengkapi dengan paparan TFT berwarna 5.7 inci, yang diapit oleh tolok speedometer dan takometer analog, dan buat masa ini, tiada sebarang pilihan ketersambungan.

  • Pemilik boleh memilih pilihan tambahan Dynamic ESA “Next Generation”, pilihan yang tidak disediakan bagi model R 1200 RT semasa.

  • Lampu hadapan LED dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED sebagai pilihan tambahan.

  • Pilihan skema warnanya terdiri daripada Alpine White, ‘Option 719’ dalam warna Blue Planet Metallic dan Sparkling Storm Metallic, pilihan ‘Sport’ dalam Mars Red Metallic, ‘Elegance’ dalam Carbon Black Metallic.

Sumber imej: BMW Motorrad

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply