Naza Premira Perkenalkan Tiga Buah Model Vespa Edisi Terhad – Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon, dan Vespa Sei Giorni!

  • Naza Premira Sdn. Bhd. telah memperkenalkan tiga buah model skuter Vespa edisi terhad untuk pasaran Malaysia.
  • Ianya terdiri daripada Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon, dan Vespa Sei Giorni.
  • Harganya telah ditetapkan bermula dari RM17,400 (harga asas, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans).

Kuala Lumpur, 19 September 2018 – Naza Premira Sdn. Bhd., pengedar rasmi bagi jenama Vespa di Malaysia telah memperkenalkan tiga buah model skuter Vespa edisi terhad; Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon, dan Vespa Sei Giorni untuk pasaran Malaysia!

Lambang gaya hidup yang unik dan tersendiri, Vespa adalah simbol mutlak keanggunan Itali dan skuternya telah direka buat mereka yang menghayati makna sebenar kehidupan dengan interpretasi jenama tersebut, “Not For Everyone”, Digabungkan dengan gaya, keselesaan, keselamatan, dan keteguhan, Vespa 946 (RED), Sprint Carbon, dan Sei Giorni ini tiada tandingannya dalam pasaran skuter hari ini.

Vespa 946 (RED) – Buat Mereka Yang Tertarik Dengan Gaya Dan Keunikan (RM66,000)

Vespa 946 (RED), adalah versi berwarna merah bagi skuter klasik, Vespa 946; sebuah model teramat eksklusif yang bertumpu kepada kesempurnaan estetik dan teknologi. Vespa 946 (RED) ini dilengkapi dengan gaya dan teknologi terkini yang akan mencipta semula masa hadapan dan pada masa yang sama, mengimbau kembali kepada kenangan kreativiti dan inspirasi idea asal di sebalik Vespa.

Mengikut tradisi Vespa, model Vespa 946 (RED) ini dilengkapi dengan panel badan keluli yang dihiasi dengan komponen aluminium yang menarik perhatian seperti madgad dan pelitup sisi yang merumahkan enjin, bahagian transmisi dan mekanikal. Sebagai contoh unggul keanggunan tanpa mengkompromikan keselamatannya, skuter eksklusif ini datang dengan sistem brek dwi-cakera yang dilengkapi dengan ABS dwi-saluran dan kawalan cengkaman ‘Anti-Slip Regulation’ (ASR) yang inovatif; eksklusif milik Piaggio Group, yang mengelakkan kehilangan cengkaman dan memastikan cengkaman yang lebih baik pada setiap masa.

Model Vespa 946 (RED) yang ultra-moden dan mesra alam ini dijana oleh enjin 150cc satu silinder empat lejang dengan tiga injap, yang mana ianya cekap bahanapi, mengeluarkan bunyi yang begitu senyap, dan didakwa mempunyai tahap emisi yang amat rendah.

Skuter Vespa 946 (RED) ini telah ditetapkan pada harga RM66,000 (harga asas, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans) dan disediakan khas dalam pilihan warna merah.

Vespa Sprint Carbon – Buat Mereka Yang Menyedari Hidup Ini Satu Perlumbaan (RM17,400)

Gabungan perwatakan ‘sporty’ dan teknologi yang inovatif, Vespa Sprint Carbon ini ialah versi paling moden bagi idea Vespa lumba. Ia dihasilkan bagi meningkatkan lagi keseronokan serta keselamatan sewaktu menunggang dan pada masa yang sama, menjiwai warisan dan tradisi keremajaan dan vitaliti Vespino yang berlegenda.

Dengan badannya yang kecil dan ringan, yang menjadikannya selesa dan protektif, Vespa Sprint Carbon ini pantas, amat lincah serta amat moden, ianya cukup sesuai buat para remaja dan juga mereka yang berjiwa remaja, yang mencari sesuatu yang berciri kedinamikan dan gemar menunggang mengelilingi bandar dengan penuh bergaya. Skuter sporty berbadan kecil yang dihasilkan secara keseluruhannya daripada keluli ini telah dilengkapkan dengan rekaan lampu hadapan bersegi empat tepat yang menonjol dan roda 12 inci dengan rim aloi aluminium yang mengagumkan.

Dijana dengan enjin sejukan udara 150cc i-Get yang baharu dan ultra-moden milik Piaggio Group ini mempunyai kebolehan prestasi yang hebat, kos pengoperasian yang lebih rendah dengan pengeluaran bunyi yang dikurangkan dan kecekapan keseluruhan yang amat tinggi. Direka bagi menjadikan penunggangan lebih lancar, senyap, dan selesa, enjinnya juga mesra alam dan mematuhi piawaian standard emisi Euro4. Selain itu, Vespa Sprint Carbon ini juga lebih menonjol dengan pakej kelengkapan yang pelbagai, antaranya adalah palam USB yang terletak di bahagian dalam komponen plet belakang pelindung kaki dan datang sebagai standard bersama ABS.

Disediakan dalam pilihan warna hitam, skuter Vespa Sprint Carbon ini telah ditetapkan pada harga RM17,400 (harga asas, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans).

Vespa Sei Giorno – Buat Mereka Yang Sentiasa Sedia Untuk Mengembara (RM38,000)

Mengimbau kembali akan sifat klasik Vespa, Skuter Vespa Sei Giorni adalah waris kepada Vespa Sport “Sei Giorni” asal dibina khusus untuk pertandingan keteraturan “Sei Giorni Internazionale di Varese” yang amat mencabar, di mana ia menggondoli 9 pingat emas, menjadikannya protagonis yang tanpa tandingan. Skuter Vespa Sei Giorni ini ialah sebuah skuter versi khas, dihasilkan dalam edisi bernombor dan dihiasi dengan plet “Special Edition” pada plet belakang pelindung kaki terterap dengan nombor sirinya.

Vespa Sei Giorni ini direka dengan elemen-elemen seperti “faro basso”; pemasangan lampu hadapan berposisi rendah pada dapra hadapan, dan palang pemegang seperti yang ada pada Vespa Sei Giorni yang asal, serta paip besi ekzos terdedahnya yang ikonik. Keunikannya juga telah dipertingkatkan dengan plet nombor berwarna hitam yang diterap terus dari kemasan grafik Vespa, ditonjolkan lagi oleh bahagian berwarna hitam keseluruhan serta kemasan berwarna merah. Skuter ini juga dilengkapi dengan pelana ala satu tempat duduk – yang diperakui pembonceng, bagi menonjolkan lagi jiwa ‘sporty’ skuter Vespa Sei Giorno ini.

Sesuai untuk ditunggang ke sana sini secara anggun, Vespa Sei Giorni ini dijana oleh enjin paling berkuasa dalam sejarah skuter Vespa – enjin 300 Euro4, suntikan bahanapi , sejukan cecair, 4 injap, 4 lejang, satu silinder yang moden dan berteknologi tinggi, mampu menghasilkan 15.6kW pada 7,750rpm, memastikan tindak balas pantas pada pemecutan dan prestasi keseluruhan yang menakjubkan.

Gaya, keselesaan, dan keselamatan adalah mercu tanda rangkaian Vespa GTS, dan ianya tiada bezanya pada model Vespa Sei Giorni ini, di mana ianya dilengkapi dengan kompartmen helmet yang luas serta permukaan duduk yang luas dan selesa, dibentuk secara ergonomik bagi memastikan keselesaan mutlak walaupun sewaktu penunggangan jarak jauh. Selain daripada ciri keselamatan ABS yang standardnya itu, Vespa Sei Giorni ini juga dilengkapkan dengan palam USB yang terletak di bahagian dalaman kompartmen pelindung kaki dan lampu isyarat hadapan LED yang berfungsi sebagai lampu nyalaan siang.

Skuter Vespa Sei Giorno ini akan didatangkan dengan pilihan warna hijau dan telah ditetapkan pada harga RM38,000 (harga asas, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans).

Ketiga-tiga model Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon, dan Vespa Sei Giorni ini adalah skuter Vespa edisi terhad dan kini ianya boleh didapati bilik pameran rasmi Vespa yang terpilih bermula dari bulan September 2018.

Jadi tunggu apa lagi? Jika anda seorang peminat sejati Vespa, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan Vespa edisi terhad yang istimewa ini!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply