Pandu Uji: 2018 Mitsubishi Outlander 2.4 CKD

  • Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan 2018 Mitsubishi Outlander 2.4 CKD beberapa bulan lepas.

  • Kenderaan jenis SUV ini mempunyai 7 tempat duduk dan enjin 2.4-liter DOHC MIVEC.

  • Dengan harga RM146,276.11 (harga atas jalan tanpa insurans dan 0% GST), ia adalah antara SUV yang paling menarik di pasaran Malaysia sekarang.

Sejak kebelakangan ini, kami telah menerima beberapa permintaan berkenaan artikel-artikel pandu uji bagi kereta. Dengan permintaan tersebut, kami ingin cuba sesuatu yang baharu bagi pengikut Motomalaya.net dengan menyampaikan berita berkenaan kereta juga (tapi jangan risau! Dunia motor masih tidak boleh dilupakan).

Mungkin anda telah sedar terdapat beberapa artikel berkenaan kereta tetapi tidak perlu risau kerana kami masih kekal dengan menyampaikan segala berita berkenaan dunia permotoran dua roda. Dengan itu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dengan baik hatinya telah memberi kami peluang untuk mencuba salah satu kenderaan terbaru mereka iaitu 2018 Mitsubishi Outlander 2.4 CKD.

Secara ringkas, Mitsubishi Outlander adalah kenderaan jenis SUV (Sport Utility Vehicle) yang mempunyai tujuh tempat duduk (atau lebih tepat, 5+2). Dari segi reka bentuk atau ‘design’, Outlander 2.4 menyerlahkan persona yang ringkat tetapi elegan tanpa sebarang elemen ekstrim atau keterlaluan.

Mengapa kami tulis Outlander ini lebih kepada 5+2 dari tujuh tempat duduk? Secara realistik, hanya 5 orang dewasa sahaja yang mampu duduk di bahagian kerusi hadapan dan tengah dimana barisan terakhir lebih sesuai bagi kanak-kanak. Jika anda seperti kami (170cm ke atas), teramatlah seksa jika anda berkeras untuk duduk juga di barisan kerusi belakang.

Fokusnya lebih kepada pasaran yang berkeluarga kecil dan juga kepada yang gemar kenderaan yang mampu memberi elemen kembara dalam hidup mereka (berkelah, berjalan-jalan, balik kampung, etc.). Tetapi, jangan mudah tertipu dengan luaran yang ‘simple’ ini kerana dari segi spesifikasi, ia sangat menarik.

Dari segi luaran, terdapat ciri-ciri menarik seperti lampu hadapan jenis LED bersama DRL (Daytime Running Lights) untuk penggunaan di siang hari, roda 18-inci dwi-warna jenis aloi, antena jenis ‘shark fin’, dan rupa yang sangat anggun atau ‘sleek’. Tidak terlalu hambar dan tidak terlalu melampau, memang sesuai untuk citarasa Asia.

Dengan enjin 2.4-liter DOHC MIVEC, Mitsubishi Outlander 2.4 CKD mampu menjana sebanyak 164hp pada 6,000rpm dan 222Nm tork serendah 4,100rpm. Kami dapati bahawa ia memadai dari segi pecutan dan rasa sangat selesa untuk perjalanan jauh di atas lebuhraya.

Outlander ini juga mempunyai sistem 4WD yang disiapkan dengan tiga mod memandu iaitu 4WD Auto, 4WD Eco, dan 4WD Lock. Dengan cara dan gaya memandu yang agak normal pada mod 4WD Eco (memandu di kawasan bandar yang sesak, kampung, dan juga lebuhraya), kami berjaya mencatat penggunaan petrol serendah 8.8-liter untuk setiap 100km.

Secara teori, Mitsubishi Outlander 2.4 ini mampu berjalan sejauh 680km sebelum anda perlu mengisi semula tangki petrol yang berkapasiti 60 liter. Pendek cerita, pergi balik KL dan Pulau Pinang tidak menjadi masalah dengan hanya satu isian penuh. Kedapan bunyi atau ‘soundproofing’ juga teramatlah selesa lebih-lebih lagi jika berjalan dengan anak-anak kecil. Bunyi angin, tayar, jalanraya dan enjin tidak akan mengganggu pemanduan anda kemana sahaja.

Penggunaan ‘off-road’ yang ringan juga tidak menjadi masalah dengan sistem 4WD yang terdapat pada Outlander tebaru ini. Memandangkan ia kenderaan jenis SUV yang lebih kepada penggunaan dalam bandar, janganlah pula anda bawa masuk mana-mana cabaran 4×4 ke dalam hutan belantara.

Dari segi dalaman, ‘interior’ Mitsubishi Outlander juga agak ‘simple’ dan mungkin sedikit ringkas bagi sesetengah pihak. Pada kami, reka bentuk yang biasanya masih cantik dan semestinya lebih bagus dari kereta yang mempunyai bermacam-macam spesikasi terbaru tetapi bercelaru.

Roda stereng yang mempunyai pelaras gear jenis ‘paddle’ memberi gambaran kenderaan yang lebih ‘sporty’. Anda mampu mengawal transmisi 6-kelajuan jenis CVT dengan senang kerana ia telah dipasang pada secara kekal di bahagian tiang stereng daripada bergerak bersama roda stereng tersebut. ‘Gearbox’ masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan untuk prestasi yang lebih lancar.

Pada mulanya, tindak balas stereng rasa seperti sedikit berat. Dalam kawasan yang sempit seperti tempat letak kenderaan di mana-mana kompleks membeli-belah, saiz fizikal Outlander ini mungkin akan memberi sedikit kesukaran. Untuk membuat hidup lebih senang, Outlander terbaru ini telah disiapkan dengan sistem ‘All Round Monitor’ dengan ‘Front & Side View Guidance’ dimana anda boleh meninjau keadaan sekeliling kendaraan melalui paparan skrin di dalam kereta ini.

Untuk kesenangan sejahtera, bonet belakang atau ‘tailgate’ jenis elekronik telah dipasang dan boleh dibuka atau tutup dengan hanya satu butang pada kunci jenis ‘keyless’ atau pun berdekatan dengan tempat duduk pemandu.

Kami juga dapati bahawa suspensi sedikit keras pada kelajuan rendah (lebih-lebih lagi bila melalui kawasan yang tidak rata). Ianya lebih sesuai untuk perjalanan jauh dimana Outlander 2.4 CKD sangat selesa walaupun pada kelajuan yang tinggi. Bergabung dengan elemen ‘soundproofing’ yang terbaik dari ladang, susah untuk menafikan keselesaan Outlander ini.

Secara keseluruhan, pakej yang telah disediakan oleh Mitsubishi Motors Malaysia bagi 2018 Mitsubishi Outlander 2.4 CKD dengan harga RM146,276.11 (harga atas jalan tanpa insurans dan 0% GST), ia merupakan antara kenderaan SUV yang paling selesa di pasaran Malaysia.

Dengan prestasi yang bagus, penggunaan petrol yang agak menjimatkan, dan kebolehan untuk pergi ke tempat-tempat yang tidak mampu dilalui oleh kereta-kereta sedan (tidak lupa juga jumlah penumpang dan kargo Outlander ini mampu bawa), ia juga mempunyai sistem keselamatan yang sangat lengkap seperti 7 beg udara, ABS, ASC, EBD, Kawalan Cengkaman & Kestabilan Aktif (ASTC), Bantuan Mula Mendaki, Perakam Video Digital (DVR), filem keselamatandan juga waranti selama 5 tahun.

Mitsubishi Outlander 2.4 adalah lengkap dan bersedia untuk pelbagai cabaran. Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.mitsubishi-motors.com.my/outlander.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]