Honda Malaysia Umumkan Harga Model Mereka Selepas 1 Jun 2018, Civic Type-R Kini RM18,072 Lebih Murah!

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB), telah mengumumkan pengurangan harga model keluaran Honda berikutan pengumuman kerajaan Malaysia mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kadar ditetapkan pada kadar sifar berkuatkuasa dari 1 Jun 2018.

Model-model CKD (Completely Knocked Down) Honda, seperti Jazz, Jazz Hybrid, BR-V, City, City Hybrid, HR-V, Civic, CR-V, dan Accord akan dikurangkan harga-harganya dari RM4,088 hingga RM9,573*.

Harga-harga bagi model-model CBU (Completely Build Unit) seperti Odyssey baharu dan Civic Type R juga akan dikurangkan antara RM14,362 dan RM18,072*.

(Harga bagi Semenanjung Malaysia berkuatkuasa dari 1 Jun 2018, mengikut terma dan syarat, harga boleh berubah tanpa notis.)

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, ” Dengan implementasi kadar sifar GST bermula 1 Jun 2018, para pelanggan Honda dapat menikmati harga-harga baharu ini sebelum pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Di samping harga pada GST kadar sifar, para pelanggan yang telah mendapatkan model-model Honda yang terpilih juga layak mendapatkan ganjaran “Welcome Festive Rewards”**, bermula 1 Jun 2018.

Encik Ishiyama juga turut menambah, “Para pelanggan juga akan memperoleh manfaat tambahan dengan penjimatan lebih dan bonus apabila mereka mendapatkan kereta idaman mereka pada bulan Jun 2018 ini”. Alat ganti, perkhidmatan penyelenggaraan, dan upah buruh bagi ke semua model Honda juga dikenakan kadar sifar GST bermula dari 1 Jun 2018.

Untuk senarai penuh harga model-model Honda di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Labuan, dan Langkawi selepas 1 Jun 2018, TEKAN SINI: Harga model-model Honda dengan kadar sifar GST.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]