SDAC Umumkan Harga 0% GST Untuk Model Ford Di Malaysia

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, telah mengumumkan harga terkini bagi keseluruhan rangkaian model Ford, berkuatkuasa dari 1 Jun 2018, bersempena dengan implementasi kadar sifar GST.

Harga baharu ini, yang menawarkan penjimatan sehingga RM33,000, akan kekal sehingga Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) digunapakai semula. Warga Malaysia perlu mengambil peluang harga bebas cukai GST ini dengan membuat tempahannya sekarang dan menyerahkan dokumen pinjaman untuk diluluskan sekarang supaya mereka boleh menikmati penjimatan GST pada 1 Jun nanti, beserta dengan promosi-promosi lain yang sedang berjalan.

Senarai harga untuk perbandingan model-model Ford utama dengan dan tanpa GST boleh dikaji dengan menekan pautannya di sini: Rangkuman senarai harga GST sifar SDAC Ford Semenanjung Malaysia 18/05/2018

Bagi harga untuk Sabah dan Sarawak pula, pembaca boleh meneliti harganya di pautan ini: Rangkuman senarai harga GST sifar SDAC Ford Sabah dan Sarawak 18/05/2018

(Ke semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans dan mana-mana tawaran promosi jangka masa pendek.)

Inilah masa yang sesuai untuk memiliki sebuah kenderaan Ford. Tempoh masa bebas cukai antara 1 Jun hingga implementasi SST memberikan satu peluang yang hebat untuk menikmati penjimatan yang hebat di seluruh rangkaian penuh kami buat para pelanggan,” ujar Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion.

“Kepuasan pelanggan adalah kepentingan utama kami. Di samping menikmati penjimatan dari kadar sifar GST, para pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak manfaat melalui pelbagai promosi yang amat menawan serta hadiah yang merupakan sebahagian daripada kempen ‘Triple Celebration’ kami,” tambahnya lagi.

Raikan ulang tahun ke-10 SDAC dengan pelbagai promosi dan hadiah yang hebat…

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 mereka, SDAC sedang menawarkan promosi hebat untuk model-model terpilih hingga 30 Jun 2018. Pelanggan yang membeli sebuah Ford Mustang akan berpeluang membawa pulang sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport serba baharu. Jumlah yang terhad bagi Ford S-Max juga akan ditawarkan pada harga perayaan bermula dari RM147,000.

Selain itu, para pelanggan yang membeli mana-mana varian Ford Ranger Wildtrak akan menerima penyelenggaraan dan perkhidmatan percuma selama dua tahun atau 40,000km (yang mana dahulu).

Para pelanggan yang mendapatkan mana-mana varian Ford Ranger juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik, termasuklah hadiah utama, sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport serba baharu dan 15 unit telefon pintar Huawei Mate 10 Pro. Para pemenang akan ditentunan melalui cabutan bertuah bulanan, dengan lima buah telefon pintar untuk dimenangi setiap bulan. Dengan cabutan pertama sudah pun dijalankan, ada 10 buah telefon pintar yang boleh dimenangi. Pemenang hadiah utama akan diumumkan selepas cabutan terakhir pada bulan Jun.

Kempen “Triple Celebration” dengan promosi jualan 13 hari “Raya Joy & Enjoy”…

Menambah lagi kemeriahan perayaan, SDAC turut menawarkan lebih banyak hadiah yang menarik dengan promosi jualan “Raya Joy & Enjoy”, yang akan berlangsung dari 1 Jun 2018 hingga 13 Jun 2018.

Melalui promosi Raya ini, satu hadiah harian dalam bentuk barangan elektronik, sebuah telefon pintar atau peranti boleh dimenangi dalam masa 13 hari dalam pengiraan detik ke Hari Raya.

Tawaran “Raya Joy & Enjoy” ini sah dengan pendaftaran sebarang model Ford dalam tempoh promosi tersebut. Para pelanggan adalah amat digalakkan untuk menempah dan menghantar segala dokumen biayaan mereka sekarang bagi membolehkan mereka mendaftar kenderaan mereka dari 1 hingga 13 Jun dan berpeluang untuk memenangi hadiah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ford, layarilah laman sesawang berbilang bahasa SDAC (www.sdacford.com.my), yang juga dilengkapi dengan ‘chatbot’ yang kini terdapat dalam tiga bahasa – Bahasa Malaysia, Inggeris, dan ‘Simplified Chinese’ – yang akan menyediakan pengalaman interaksi pelanggan yang lebih baik.

SDAC Umumkan Kempen Penyelenggaraan Raya Seluruh Negara 2018 Bagi Pemilik Ford

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]