Beleklah Motosikal Tamburini T12 Yang Berharga RM4 Juta Ini

  • Motosikal superbike Tamburini T12 yang bernilai RM4 juta akan membuat kemunculan awam yang pertamanya pada minggu ini di Monaco.
  • Dibina sebagai motosikal superbike litar muktamad yang tidak terikat dengan sebarang peraturan, ianya adalah produk mendiang Massimo Tamburini.
  • Motosikal T12 ini dijana oleh enjin empat selari, 999cc yang diambil dari BMW S 1000 RR yang telah ditala untuk menghasilkan sehingga 230hp.


Inginkan sebuah motosikal superbike yang dibina tanpa terikat dengan sebarang peraturan atau piawaian untuk kegunaan jalan raya atau pun perlumbaan? Inginkan sesuatu yang merupakan intipati tulen prestasi sebuah motosikal? Jika wang bukannya satu isu bagi anda, motosikal Tamburini T12 mungkin menarik minat anda.

Motosikal superbike ini sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 2016 yang lalu, di mana ianya hasil rekaan mendiang Massimo Tamburini. Tamburini juga secara asasnya bertanggungjawab di atas rekaan bagi motosikal Ducati 916, MV Agusta F4, dan secara asasnya, merupakan salah seorang daripada pengasas bagi syarikat Bimota.

Motosikal superbike Tamburini T12 ini secara amnya telah direka sebagai motosikal litar muktamad tanpa sebarang kekangan dari segi reka bentuk mahu pun prestasi. Malangnya, Tamburini telah meninggal dunia empat tahun yang lalu, namun, anak lelakinya, Andrea Tamburini, telah meneruskan projek ini dan 12 buah motosikal ini akan dibina dan diperagakan di pertunjukan ‘Top Marques Motor Show’ di Monaco pada minggu ini.

Bagi menggambarkan lagi betapa hebatnya motosikal T12 ini, kami senaraikan beberapa buah spesifikasinya:

  • Dijana oleh enjin empat selari 999cc dari motosikal BMW S 1000 RR.
  • Ditala ala WorldSBK bagi menghasilkan sehingga 230hp.
  • Fork hadapan gas Öhlins FGR spesifikasi MotoGP dengan penyerap hentakan belakang GP yang sepadan.
  • Angkup monobloc empat omboh MotoGP Brembo.
  • Roda magnesium tempa MFR/Robert Marchesini yang dilitupi dengan tayar ‘slick’ Pirelli Supercorsa.
  • Kerangka komposit tiub keluli trellis ‘Mil-spec’
  • Plet lengan ayun dan kepala stereng tempa magnesium.
  • Lengan ayun satu sisi aloi magnesium.
  • Bahagian badan karbon fiber.
  • 154kg(kering).

Menurut Andrea Tamburini, “Memperagakan hasil karya terakhir ayah saya, yang mana telah dia gunakan keseluruhan pengalaman hidupnya,di atas pentas yang amat berprestij seperti Top Marques, bagi saya adalah cara yang terbaik untuk mengberi penghormatan kepadanya sebagai seorang individu dan pereka. Motosikal T12 Massimo ini secara dasarnya adalah sebuah karya seni yang mengandaikan hala tuju masa hadapan, dan pada masa yang sama mencerminkan dirinya, tanpa sebarang kompromi dan sentiasa mengejar kecemerlangan.”

Harganya? Sekitar $1 juta yang bersamaan dengan RM3.9 juta. Hanya 12 unit sahaja yang akan dibina. Barang ‘rare’.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply