Modenas Dominar 400 2018 Sudah Berada Di Malaysia?

  • Beberapa buah gambar motosikal Modenas Dominar 400 2018 telah muncul di atas talian.
  • Sesetengah daripada motosikal ini telah pun selamat sampai di Modenas Service Centre di Shah Alam.
  • Motosikal Modenas Dominar 400 2018 ini dikatakan akan dilancarkan dalam suku pertama tahun ini dengan harga yang dijangkakan di bawah paras RM20,000.

Sumber imej: Ahmad Zulkhidzrie

Beberapa buah sumber di atas talian telah menunjukkan sebuah motosikal yang amat menarik yang sudah tiba di tanah air kita. Semalam, gambar-gambar motosikal Bajaj Dominar 400, atau yang bakal dijenamakan semula sebagai Modenas Dominar 400 2018, telah pun tiba yang mana kami andaikan akan melalui beberapa buah prosedur mandatori sebelum pelancaran rasminya.

Sumber imej: Ahmad Zulkhidzrie

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang pantas, boleh diharap, mampu milik, dan pada masa yang sama, sebuah motosikal yang mampu memberikan keseronokan hujung minggu menyelusuri jalan raya mendaki dan menuruni bukit, anda mungkin ingin menyertakan motosikal Dominar 400 ini dalam senarai pilihan anda, yang mana ianya akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. Dijana oleh enjin satu silinder 373cc, motosikal Dominar 400 ini dikatakan mampu menghasilkan 34.5hp dan 35Nm tork maksimum.

Editor laman saudara kami, Bikes Republic, Keshy Dhillon, telah menunggang uji motosikal Bajaj Dominar 400 ini di India pada tahun lalu dan dia menganggap motosikal ini cukup sesuai sebagai tunggangan harian berulang-alik ke tempat kerja dan juga mempunyai kuasa yang mencukupi untuk tunggangan hujung minggu yang menyeronokkan. Kotak gear enam kelajuannya itu dilengkapkan dengan klac ‘slipper’ yang menjadikannya sebuah jentera yang menyenangkan penunggang, walaupun dalam bandaraya yang sering kesesakan lalulintas.

Kita sudah sedia maklum yang motosikal Modenas Dominar 400 ini akan dilancarkan dalam suku pertama tahun 2018, yang bermakna ianya akan dilancarkan sebelum berakhirnya bulan hadapan. Perkara utama yang berikutnya adalah harganya, dan berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai, Modenas mungkin akan mengejutkan semua orang kerana motosikal Dominar 400 ini mungkin sahaja ditetapkan pada harga di bawah RM20,000!

Pasti anda sudah tertarik, bukan?

Bajaj Dominar 400 2018 Dilancarkan – Warna Canyon Red & Glacier Blue!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]