- Juara dunia MotoGP sebanyak sembilan kali, Valentino Rossi telah memperkenalkan helmet AGV Pista GP R 2018-nya yang baru.
- Berikutan pembaharuan kontrak selama dua tahun bersama pasukan Movistar Yamaha, penunggang berusia 39 tahun tu telah memperagakan sebuah helmet bergaya retro.
- Dengan pendekatan yang minimalis, helmet 2018-nya itu telah diilhamkan oleh helmet yang digunakan dalam Formula 1 pada tahun 70-an dan 80-an.
Berikutan dengan pengumuman pembaharuan kontrak selama dua tahun bersama dengan pasukan Movistar Yamaha MotoGP yang telah dibuatnya baru-baru ini, juara dunia MotoGP sebanyak sembilan kali, Valentino Rossi, telah memperkenalkan kemasan grafik helmet AGV Pista GP R 2018-nya yang terkini. Rekaan terkini itu memperagakan sesuatu yang amat berbeza dari kebiasaannya, di mana penunggang berusia 39 tahun itu telah memilih penggayaan ‘old school’.
Rekaan retro itu telah diilhamkan oleh zaman perlumbaan Formula 1 pada tahun 1970-an dan 1980-an. Dan di mana siri perlumbaan MotoGP semakin maju ke masa hadapan, semakin banyak rekaan yang menarik telah tampil ke hadapan, dan penunggang dari Itali itu menyerlahkan gaya penunggangannya dengan sesuatu yang klasik.
Menurut Rossi, Ianya telah banyak berubah kerana saya ingin mencuba sesuatu yang klasik. Saya telah membelek helmet-helmet Formula 1 ikonik dari tahun 70-an dan 80-an dan cuba untuk mengekalkan keringkasannya – dan saya suka akan hasilnya!”
Dengan bantuan Drudi Performance, rekaan ‘Sun and Moon’ yang ikonik dapat dilihat pada kedua-dua belah dengan pendekatan minimalistik dan dengan lebih sedikit warna yang digunakan. Ianya tampak ketara berbeza apabila dibandingkan dengan helmet ujian musim sejuk berinspirasikan Mexico dengan corak seni halus yang telah digunakannya sewaktu ujian pra musim.
Gabungan warna hitam dan kuning matte diserlahkan lagi dengan nama serta nombornya yang tersemat pada bahagian belakang. Nombor 58 yang kecil diletak pada bahagian belakang bawah kiri sebagai tanda ingatan kepada penunggang dan rakan karibnya, Marco Simoncelli.
Grid MotoGP telah bersiap sedia di Qatar di mana pusingan pertama bagi musim 2018 akan bermula pada hari Ahad ini pada jam 12 pagi (waktu tempatan).