- Hammy Dawg, dari saluran YouTube Hammy Moto, telah terlibat dengan satu kemalangan yang paling menggerunkan melibatkan sebuah treler.
- Penunggang tersebut hilang kawalan bahagian hadapan motosikalnya, menyebabkannya di ‘tank-slap’ dan terhumban ke bawah lori, dan keluar di sebelah yang bertentangan dengan SELAMAT.
- Hammy bernasib baik tidak kehilangan nyawanya dan hanya mengalami luka-luka di bahagian pinggang dan lututnya.
Sebagai penunggang motosikal, kita sudah sering kali berhadapan dengan pelbagai keadaan yang merbahaya. Dan di mana sebahagian daripada kita lebih bernasib baik berbanding yang lain, Tidak boleh dinafikan yang penunggang motosikal dari California, Amerika Syarikat ini teramatlah bernasib baik sekali apabila dia secara ajaibnya masih bernyawa setelah kehilangan kawalan motosikal dan terhumban ke bawah sebuah treler!
https://youtu.be/ezf5oeP3eRE
Walaupun video ini mungkin agak menggerunkan bagi sesetengah orang, kami jamin bahawa penunggang yang kelihatan di dalam video ini, yang juga dikenali sebagai Hammy Dawg (pemilik saluran YouTube Hammy Moto), hanya mengalami kecederaan ringan dan luka-luka (serta satu kisah yang menakjubkan).
Penunggang tersebut tampaknya telah kehilangan kawalan bahagian hadapan motosikalnya, di ‘tank-slap’ buat beberapa ketika dan hilang kawalan sepenuhnya, meluru ke arah lori besar tersebut. Momentum sewaktu dia jatuh itu telah berjaya menggelongsorkan badannya ke sebelah bertentangan trak tersebut dengan hanya kecederaan ringan. Dalam video itu dapat dilihat yang dia berasa teramatlah lega kerana masih bernyawa dan kelihatan beberapa pengguna jalan raya yang lain datang membantu dan memastikannya dalam keadaan yang baik.
Kepada anda semua di luar sana, jadikanlah video ini sebagai peringatan untuk supaya sentiasa berjaga-jaga di atas jalan raya. Tungganglah dengan selamat!