Taman Tema Ducati World Bakal Tiba Pada Tahun 2019!

 

  • Ducati telah mengumumkan bahawa mereka bakal membuka taman tema Ducati World pada tahun 2019.
  • Bertapak di Emilia-Romagna, tanah yang berkeluasan 35,000 meter persegi akan ditukarkan menjadi taman hiburan bertemakan motosikal yang pertama di dunia.
  • Dengan roller-coaster bertemakan Ducati, pengalaman alam maya, muzium dan pelbagai lagi tarikan, Ducati World bakal menjadi salah sebuah taman tema terbaik di dunia.

 

Perhatian tuan-tuan, puan-puan, dan anak-anak sekalian! Penuhilah impian terhebat anda bersama dengan salah sebuah jenama motosikal paling premium di seluruh dunia yang kini sedang dalam usaha membangunkan sebuah taman tema yang khusus untuk menghiburkan jiwa para penggemar motosikal. Jenama ini tidak lain dan tidak bukan adalah jenama motosikal dari Itali yang terkenal, Ducati, yang bakal hadir dengan taman hiburan bertemakan motosikal dinamakan “Ducati World”.

Ducati World bakal menjadi taman hiburan bertemakan motosikal yang pertama seadanya di dunia yang bakal menandingi ke semua taman hiburan yang lain di seluruh dunia. Ditaja oleh Ducati, segala-galanya bermula dari bilik pameran mereka yang khusus, roller coaster, pengalaman alam maya, dan pelbagai lagi tarikan taman tema akan berkisarkan kepada jenama ikonik dari Bologna itu.

Menurut Alessandro Cicognani, Pengarah Perlesenan dan Kerjasama Korporat Ducati, “Ducati World akan memberikan kepada para pengunjung satu peluang untuk mengharungi perjalanan yang menakjubkan bersama jenama Ducati.” Penulis sudah boleh membayangkan pelbagai kemungkinan yang mengujakan seperti beberapa buah Ducati Panigale digabungkan menjadi roller coaster yang terhebat di seluruh dunia!

Dengan luas kawasan yang meliputi 35,000 meter persegi, roller coaster yang hebat ini ( yang juga merupakan tarikan utama taman tema ini) dikatakan akan boleh menawarkan satu pengalaman buat semua pengunjung mengenai bagaimana rasanya untuk menjadi seorang penunggang Ducati yang muktamad. Akan terdapat juga simulasi bersaiz sebenar yang menawarkan pengalaman dengan bantuan alam maya yang tercanggih dari rangkaian luas motosikal premium mereka.

Bagi menyerlahkan lagi sejarah gemilang jenama ini, akan terdapat juga sebuah muzium yang akan mempamerkan sejarah Ducati dari permulaan yang sederhana sehingga ia menjadi salah sebuah pengeluar yang terbaik dalam industri permotosikalan. Memperagakan model-model Ducati yang tersohor, serta kehebatan teknologikal mereka, pasti akan ada sesuatu yang akan menarik perhatian setiap penggemar motosikal di Ducati World.

Yang menjadi masalahnya adalah kita perlu tunggu sehingga tahun 2019 waktu yang telah dirancangkan oleh Ducati untuk melancarkan taman tema ini. Bertapak di Emilia-Romagna, taman hiburan bertemakan motosikal yang pertama di dunia ini akan membuka pintunya di tempat yang sama di mana bermulanya jenama Ducati ini. Taman tema Disney World sudah ada pencabar!

Sumber: Ducati

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]